Masihkan anda ingat suatu ketika dahulu ketika beraya di zaman sekolah, pihak guru gemar menganjurkan ‘Pertandingan Baju Tercantik’ untuk disertai murid-murid? Pastinya ramai pelajar perempuan yang akan ‘melaram’ dengan gaya masing-masing sekali gus memeriahkan lagi acara sambutan Syawal dengan rakan-rakan lain. Seorang ibu ini juga tidak ketinggalan berkongsikan kenangan indah anaknya.
BACA :Β Viral Dulu Gadis Cantik Nikahi Oppa Korea, Sekali Anak Pula Warisi Good-Looking
6 tahun berturut-turut Kakak menang pakaian tercantik bila sambutan raya
Anak perempuannya yang bernama Amanda sempat mengenakan busana raya berwarna hitam kekuningan nan indah. Dedah Puan Attyra Asri, gadis comel itu telah memenangi gelaran ‘Baju Tercantik’ bukan sekali dua. Malahan anugerah itu diraih sejak darjah 1 hingga ke darjah 6. Tidak ketinggalan, adiknya iaitu Aura seakan-akan menjadi ‘pelapis’ setelah memenangi takhta sama.
@attyrasaari Direct 6 tahun kakak menang pakaian tercantik bila sambutan hari raya. Tak bagi chances kat orang lain π Tahun ni adik aura pun menang jugak, tp vid adik takde, nak ganti tempat kakak pulak ke dik ? π
Terima kasih cikgu buat anak murid gembira
Dalam satu persembahan nyanyian lagu raya, kelibat Amanda boleh dikatakan agak menonjol memandangkan dia lebih tinggi berbanding rakan lain. Bagi Puan Attyra, dia berterima kasih kepada pihak sekolah kerana sambutan raya sebegitu mampu membuatkan anak-anak seronok lantas mengeratkan silaturahim dengan kawan-kawan. Sebelum ini, rakaman keluarga tersebut juga sempat tular kerana si ibu ini memiliki anak yang cantik belaka semuanya.
@attyrasaari Reply to @missdyannaaa susah jugak kalau semua bende nak dinegetifkan. Buat program salah, tak buat pun salah, budak2 bkn main happy ada program macam ni. Btw tkasih kpd cikgu2 krn buat anak murid happy dapat beraya dgn kawan2 π₯°
@attyrasaari Bila kakak dah kemasukan roh bergambar memang tidak bergerak la π€£
@attyrasaari Syawal ke 5 π
Dia lagi tinggi daripada cikgu…Mesti Amanda ni famous kat sekolah
Menerusi ruangan komen, ramai yang berkesempatan mengimbau semula kerinduan ketika menyambut Syawal di sekolah pada zaman dulu. Melihat wajah serta penampilan cantik Amanda pula, netizen memberikan pujian selain berseloroh barangkali permata hati Puan Attyra ini agak famous di kalangan rakan-rakan sekolah.
Kredit : IG Attyra Arsri & TikTok Attyra Asri
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
