Hiburan

“Dari Jauh Kak Lina Tengok Akim Datang, Rasa Nak Gugur Air Mata Tersentuh Hati”

“Dari Jauh Kak Lina Tengok Akim Datang, Rasa Nak Gugur Air Mata Tersentuh Hati”

Sharing is caring!

2 hari lalu telah berlangsungnya majlis perkahwinan gilang-gemilang sepasang merpati dua sejoli, Elly Mazlein (40) dan juga pilihan hatinya iaitu Mohamad Azlan Che Nuh (30). Acara nikah dan persandingan berkenaan telah dilangsungkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur dan dihadiri oleh rakan artis, sahabat handai serta ahli keluarga kedua-dua belah pihak sambil dihidangkan dengan persembahan nyanyian serta tarian. 


BACA: [VIDEO] Di Sebalik Tabir Kampung People, Pengarah Sendiri Pun Tak Tahan Gelak

“Dari Jauh Kak Lina Tengok Akim Datang, Rasa Nak Gugur Air Mata Tersentuh Hati”

Sebenarnya Akim di antara yang buat persembahan

Di sebalik majlis yang cukup gah pada malam tersebut, rupa-rupanya terselit juga adegan lain. Menerusi perkongsian yang telah dimuat naik oleh Elly atau lebih mesra dipanggil Kak Lina, malam berkenaan sepatutnya turut diserikan dengan nyanyian oleh Akim Ahmad. Namun dek kerana penyanyi lelaki itu terikat dengan jadual showcase untuk Anugerah Juara Lagu, hasrat tersebut terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir. 


“Dari Jauh Kak Lina Tengok Akim Datang, Rasa Nak Gugur Air Mata Tersentuh Hati”

Terharu Akim sanggup datang hadir walau sekejap

Walau bagaimanapun, pelakon dan pengacara wanita tersebut merasa sangat terharu serta sebak apabila melihat rakan artisnya itu memenuhi janji untuk datang pada malam tersebut. Malah sempat juga mereka bergambar bersama di pelamin serta Kak Lina mengambil peluang berkenaan untuk menyanyikan lagu ulang tahun kepada Akim yang jatuh pada hari sama.

“Dari Jauh Kak Lina Tengok Akim Datang, Rasa Nak Gugur Air Mata Tersentuh Hati”

“Dari Jauh Kak Lina Tengok Akim Datang, Rasa Nak Gugur Air Mata Tersentuh Hati”

Sifatkan peribadi Akim dan Stacy sangat baik

Penyanyi lelaki tersebut turut sempat menghulurkan sepucuk sampul berisi hadiah buat kedua-dua pengantin. Artis wanita berkenaan juga sempat memuji keperibadian Akim dan juga Stacy yang disifatkan sangat baik serta berbudi bahasa. Malah dia juga dilihat mendoakan yang terbaik buat kedua-dua suami isteri itu. 


“Dari Jauh Kak Lina Tengok Akim Datang, Rasa Nak Gugur Air Mata Tersentuh Hati”

“Dari Jauh Kak Lina Tengok Akim Datang, Rasa Nak Gugur Air Mata Tersentuh Hati”

Sumber: Instagram Elly Mazlein

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini