Berakhirnya zaman pandemik yang terlalu ‘keras’ dan menakutkan, kini kita semua mampu rasai semula nikmat menjalani kehidupan seperti biasa persis 3-5 tahun lalu. Setelah 2 tahun hidup terperuk di rumah dengan batasan pergerakan dan aktiviti tertentu, sesi kembali ke sekolah pada 2022 adalah detik terindah buat kanak-kanak khususnya. Ini termasuklah Jamuan Hari Raya di sekolah bersama guru dan rakan-rakan.
BACA : Dari Darjah 1-6 Menang Takhta Baju Raya Tercantik Wajah Ayu Budak Ini Dipuji
Darjah 2 pertama kali merasa jamuan raya sebab sebelum ni Covid-19
Dalam kisah yang tular di TikTok honeysuckle ini, keletah seorang murid darjah 2 ketika berada di majlis sambutan hari raya nyata menjadi perhatian. Kebetulan, pihak sekolah sedang memutarkan lagi ‘Raya Raya Raya’ (nyanyian asal kumpulan Dolla). Ramai pelajar nampaknya memang hafal lirik dan irama lagu berkenaan sebelum menyanyi bersama-sama.
Murid perempuan comel semangat nyanyi lagu Dolla
Murid perempuan yang berada di hadapan sekali itu paling menjadi tumpuan kerana menyanyi dengan penuh keriangan dan suara kuat. Malahan tangannya juga aktif menepuk penutup bekas yang dibawa sehingga pecah sedikit. Keriangan semua pelajar terpancar di wajah masing-masing sambil mengenakan baju raya segak dan cantik.
@h4n11111 geram pulak aku ! #rayakalut #fypppppppppppppp
Sampai pecah penutup bekas tu…Dik, satu dunia menonton kau…Sekolah rendah punya raya paling best
Meraih lebih 199 ribu jumlah tontonan, netizen juga merasa senang hati melihat kegirangan murid-murid berkenaan yang dapat merasa sendiri keseronokan beraya di sekolah. Malahan ada juga yang terus mengimbau kenangan lama mereka dahulu.
Kredit : TikTok h4n11111
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
