Viral

Datang Cuma Melawa Selfie Dengan Pengantin, Nasihat Buat Bridesmaid Zaman Kini

Datang Cuma Melawa Selfie Dengan Pengantin, Nasihat Buat Bridesmaid Zaman Kini

Menjadi kebiasaan pengantin zaman sekarang, apabila tiba majlis kahwin pasti mahu mengajak ramai kawan menjadi bridesmaid mereka. Demi gambar lawa dalam sesi outdoor pula, ada mempelai yang sanggup membelikan baju untuk dipakai oleh barisan individu ‘terpilih’. Pun begitu, ada pula yang datang cuma hanya hendak menunjuk muka. Benar atau tidak?


BACA : Kawan Tunggu Nak Bersalin Tak Datang Majlis, Pengantin Gigih Jumpa Bagi Goodies

Aku kesian kat pengantin, bridesmaid lawa melebihi pengantin…End up dia tak buat apa-apa pun

Sebuah video dimuat naik oleh gadis bernama Nurain Fatin di TikTok telah mendapat perhatian warganet apabila dia membincangkan isu mengenai sesetengah bridesmaid yang tidak menjalankan peranan sepatutnya. Selepas melihat sendiri ada pengantin yang ‘gabra’ di majlis sendiri tanpa dibantu, dia rasa terpanggil untuk membuat nasihat secara terbuka ini.


Datang Cuma Melawa Selfie Dengan Pengantin, Nasihat Buat Bridesmaid Zaman Kini
Gambar sekadar hiasan

Korang kalau nak bridesmaid, cari betul-betul…Jangan hanya sebab kawan terus minta jadi bridesmaid

Dalam rakaman berdurasi 2 minit 3 saat berkenaan, Fatin mengingatkan bridesmaid agar membantu raja sehari melayan tetamu dan bukan hanya gigih selfie bersama rakan-rakan. Gadis ini turut mencadangkan agar bakal pengantin memilih bridesmaid dalam kalangan kenalan yang lebih dipercayai.


@nuraa_isml

Unless memang korang nak bridesmaids duduk2 je, itu mmg takda masalah la

♬ original sound – Nuraaisml – Nuraaisml

Betul tu, nanti dia fokus ambil gambar je…Tak ada brisdesmaid pun tak apa

Sejak dikongsikan semalam, video ini meraih hampir 140 ribu jumlah tontonan. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen khususnya wanita bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Fatin. Mereka juga mengaku lebih selesa untuk melakukan semua perkara sendiri semasa hari perkahwinan.

Datang Cuma Melawa Selfie Dengan Pengantin, Nasihat Buat Bridesmaid Zaman Kini

Datang Cuma Melawa Selfie Dengan Pengantin, Nasihat Buat Bridesmaid Zaman Kini

Datang Cuma Melawa Selfie Dengan Pengantin, Nasihat Buat Bridesmaid Zaman Kini

Datang Cuma Melawa Selfie Dengan Pengantin, Nasihat Buat Bridesmaid Zaman Kini

Sumber: TikTok nuraa_ismail

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Datang Cuma Melawa Selfie Dengan Pengantin, Nasihat Buat Bridesmaid Zaman Kini

Facebook

Telegram