Dato Aliff Nak ‘Comeback’ Tapi Isteri Belum Bagi Lampu Hijau, Netizen Pula Cuak

Siapa yang tidak mengenali usahawan terkenal ini? Beliau atau nama sebenarnya Dato’ Aliff Syukri Bin Kamarzaman merupakan antara usahawan yang sangat dikenali di Malaysia. Selain kepetahan dan kecekapannya dalam bidang perniagaan, beliau juga kini giat dengan aktiviti seni seperti nyanyian dan lakonan. Pernah menghasilkan lebih kurang tiga buah single sebelum ini, Dato’ Aliff nampaknya berhasrat untuk menghasilkan lagu baru tetapi respon balas isterinya terhadap perkara tersebut menimbulkan tanda tanya.

Baca: Bengang Kapsyen IG Kena Ciplak, Cik Epal Tak Gentar Warning Aliff Syukri!

Beliau yang begitu aktif di ruangan Instagram miliknya itu telah memuat naik sebuah video yang memberi bayangan seakan dia mahu kembali merakam lagu baru. Menariknya lagi, keletahnya yang ‘try hard’ memujuk isterinya, Datin Shahida untuk menyanyi kembali itu menghiburkan lagi suasana.

View this post on Instagram

Saya tak tahu kenapa semenjak tu minta ini saya mengidam nak menyanyi lagu-lagu yang berunsurkan keceriaan ..tapi kenapa @shahidadherbs saya tak memberi sokongan apakah yang patut saya buat saya hanya sekadar ingin menunjukkan bakat-bakat yang terpendam.. siapa suka sy yanyi lagu baru sila komen di bawah👇🏻👇🏻 tanda anda sokong saya.. . . . Kepada korang yang ingin menonton .. kehidupan Abang satu family.. jangan lupa saya subcride YouTube ang tvTelajak laris abang selalu upload video yang terbaru dan lebih panjangw dan menyeronokkan dan kepada anda yang saya sucbribe YouTube tv Telajak laris anda bakal mendapat hadiah berupa iPhone dan duit setiap bualann dah Subcride ke belum?? . . . #Ohabangkosmetik #AsLegacy #TerlajakLaris #ggrmachine #teamaraipaima #asproject #ysuku_malaya_official #y15zr_members_official #sukanpermotoran #wilayahpermotoran #kapcaijahat #ridersidamanmalaya #team_y15zr_malaya #on❌on #jarang❌on #y15malaysia #ysuku #wisuki #y15zrmalaya0fficial

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

“Kalau I kata tak boleh?”

Dato’ Aliff yang tampak manja bersama isteri dalam video tersebut memberitahu hasrat hatinya yang mahu kembali menyanyi tetapi respon balas Datin seakan tidak bersetuju. Datin Shahida yang manis bertelekung itu juga enggan terlalu menghalang kehendak suaminya kerana mengetahui bahawa beliau amat meminati bidang itu.

Dato’ Aliff juga menulis di kapsyen yang dia mahu mengeluarkan single berunsur keceriaan untuk menghiburkan pendengar. Tambah lucu pada posting berkenaan kerana netizen dipercayai pengikut mereka berdua di Instagram pula yang tidak senang duduk mendapat cerita ini. 

Posting itu juga telah mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis yang lain termasuk ibu Dato’ Aliff, Bonda Rozita Ibrahim yang hadir membanjiri ruangan komen. Kemunculan Bonda di ruangan tersebut telah menghangatkan lagi medan perbincangan apabila beliau turut memberikan kata-kata yang penuh syahdu buat usahawan terkenal itu. Video tersebut telah mendapat lebih 300 ribu tontonan dan lebih 30 likes setakat ini. 

Sumber: IG Aliff Syukri

Apa Komen Anda?