Viral

Dato’ Fazley Teruja ‘Jumpa’ Leher Anak, Berat Susut Lepas Amal Diet Ketogenik

Dato’ Fazley Teruja ‘Jumpa’ Leher Anak, Berat Susut Lepas Amal Diet Ketogenik

Sharing is caring!

Nama ikon selebriti, Dato’ Fazley Yaakob sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Bukan sahaja hebat berlakon dan menyanyi, beliau juga sangat cemerlang dalam arena kulinari sehingga berjaya memiliki bistro sendiri. Terdahulu chef selebriti ini mendedahkan dirinya sedang mengamalkan ‘diet ketogenik’ bagi mendapatkan berat dengan BMI seimbang.

BACA : Pemuda Ini Selalu Dikutuk & Diperli, Kini Tak Percaya Diet Akhirnya Berhasil


Dato’ Fazley Teruja ‘Jumpa’ Leher Anak, Berat Susut Lepas Amal Diet Ketogenik

Payish berjaya hilangkan 6kg & masih berbaki lagi 14 hari untuk tamatkan cabaran ini..

Baru-baru ini menerusi entri Instagram miliknya, Dato’ Fazley mendedahkan bahawa anak sulungnya iaitu Fariedz berjaya menurunkan berat badan sehingga 6 kilogram dari berat asalnya dalam masa 25 hari. Perubahan besar itu berlaku selepas anaknya yang mesra disapa Payish turut mengikuti cabaran ‘diet ketogenik’ selama 40 hari bersamanya dan isteri Datin Azrene Ahmad.

Transformasi mengejutkan perubahan yang agak susut berbanding sebelumnya..

Bangga dengan tranformasi itu, beliau turut berkongsi beberapa foto sebelum dan selepas Payish mengamalkan diet berkenaan. Menurutnya, setiap individu yang ingin melakukan rutin ketogenik perlu menghadkan pengambilan karbohidrat dan menggantikan ia dengan protien serta lemak.


Dato’ Fazley Teruja ‘Jumpa’ Leher Anak, Berat Susut Lepas Amal Diet Ketogenik

Dato’ Fazley Teruja ‘Jumpa’ Leher Anak, Berat Susut Lepas Amal Diet Ketogenik
Gambar Sekadar Hiasan

Saya dah jumpa leher anak saya yang telah hilang berbulan-bulan lamanya..

Sementara itu, anak kedua kepada Juara Masterchef Selebriti Malaysia ini iaitu Firudz atau panggilan manjanya Piyush turut bersama menyertai cabaran itu. Sempat berseloroh, Dato’ Fazley mengatakan bahawa lemak yang sebelum ini menutupi leher kanak-kanak berusia 9 tahun berkenaan kini sudah tidak kelihatan lagi.

Sumber : Instagram fazleyyaakob


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!