Datuk Red Beri Bayangan Adira Tukar Fikiran, Tak Jadi Berpisah

Kemelut rumah tangga yang melanda penyanyi terkenal, Adira Suhaimi dan suami masih menjadi teka-teki. Sebelum ini penyanyi tersebut telah menfailkan permohonan untuk berpisah dengan Datuk Seri Adnan Abu atau dikenali sebagai Datuk Red di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat. Walau bagaimanapun muat naik terbaru lelaki tersebut seakan-akan memberi bayangan tentang hala tuju hubungan mereka.

BACA: [VIDEO] Disoal Kenapa Dah Lama Tak Buat Duet, Respon Selamba Adira Lawak Habis

Advertisement

Adira nak tarik balik permohonan

Terbaru, lelaki itu memuat naik satu screenshot perbualan antara individu yang dipercayai Adira serta seorang lagi wanita yang bernama Fira di Instastory memberitahu penyanyi tersebut berkemungkinan menarik balik permohonan yang pernah difailkan sebelumnya. Perkara itu sekali gus seolah-olah memberi gambaran rumah tangga mereka bakal pulih seperti sedia kala demi anak-anak. 

Advertisement

 

Datuk Red ingin perbaiki keadaan

Tedahulu, ahli perniagaan ini pernah menyatakan dari awal lagi bahawa dia lagi tidak mahu perpisahan tersebut diteruskan serta berkata akan berusaha untuk memperbaiki keadaan. Kalau diikutkan sepatutnya, 17 Disember hadapan telah ditetapkan mahkamah sebagai hari sebutan bagi permohonan perpisahan kedua-dua suami isteri tersebut.

Advertisement

 

Mempunyai dua anak perempuan serta seorang anak lelaki

Advertisement

Adira dan suami telah mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 di Songkha, Thailand sebagai penyanyi kedua.  Mereka berdua memiliki tiga orang anak bersama iaitu Anggrek, Assan serta Anggun yang baru dilahirkan Ogos lalu. 

Sumber: Instagram Datuk Red 

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?