Dek Kerana Bersuara Pasal Payment Rendah, Jalil Hamid Menganggur 7 Bulan

Sejak kebelakangan ini, sering saja kedengaran kisah-kisah artis ‘otai’ yang kecewa setelah diberi bayaran rendah selepas membintangi filem mahupun drama. Kecewa dengan perkara tersebut, ada yang dilihat meluahkan perkara berkenaan melalui media sosial. Samalah juga dengan nasib yang menimpa seorang pelakon veteran ini, Jalil Hamid yang terpaksa mengikat perut selama 7 bulan dek kerana lantang bersuara perihal tersebut.

BACA: [VIDEO] Walaupun Tanpa Bayaran, Misha Omar Nangis Beraksi Depan Banduan

Hanya dibayar RM1,500 untuk sebuah drama

Advertisement

Figura yang cukup sinonim dengan lakonan yang menyentuh perasaan ini pernah meluahkan rasa tidak puas hati apabila hanya menerima bayaran sebanyak RM1,500 walaupun dirinya merupakan watak utama dalam drama terbabit. Berikutan rungutan yang bersifat lantang itu, Jalil terpaksa menganggur selepas tidak menerima apa-apa tawaran berlakon.

Advertisement

Kecewa bayaran tidak setimpal sedangkan dirinya pelakon lama

Pelakon utama filem ‘Bisik Pada Langit’ ini ternyata sangat kecewa kerana soal bayaran buat pelakon lama serta berpengalaman sepertinya diperlekehkan. Malahan beliau turut menegaskan kebimbangan tersebut bukan saja melibatkannya seorang tetapi ramai lagi artis yang lain. Menerusi artikel Harian Metro, kebanyakan penerbit TV memberi alasan mereka dibayar cuma sedikit bagi sesebuah drama serta keuntungan juga semakin berkurangan. 

Advertisement

Wan Hanafi Su dan Faizal Hussein pernah mengulas soal ini

Sebelum ini pelakon otai Wan Hanafi Su serta Faizal Hussein turut pernah mengeluarkan pendapat mereka soal bayaran yang ‘murah’ tersebut. Mereka juga kecewa apabila pelakon yang lebih mentah dibayar dengan nilai yang lebih tinggi seperti tidak bersesuaian dengan lakonan yang ditunjukkan. 

Advertisement

 

Gambar Sekadar Hiasan

Sumber: Harian Metro 

 

Advertisement

 

 

 

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?