Viral

Dek Pembawakan Budak, Wanita Hamil ‘Lepas Gian’ Ngidam Bau Gel Pencuci Lantai

Dek Pembawakan Budak, Wanita Hamil ‘Lepas Gian’ Ngidam Bau Gel Pencuci Lantai

Setiap wanita hamil pasti pernah merasai moment mengidamkan untuk menikmati sesuatu makanan. Namun ramai tidak tahu, fasa itu bukanlah tertumpu kepada keinginan terhadap makanan sahaja. Boleh jadi, mereka teringin untuk menghidu benda tertentu sama seperti pengalaman aneh yang dirasai oleh seorang ibu dari negara Indonesia ini.


BACA : Masih Basah Dilahirkan, Bayi ‘Viral’ Genggam Alat Cegah Hamil IUD Milik Si Ibu

Mengidam nak bau gel pencuci lantai. Suami pasrah tunaikan permintaan isteri..

Menerusi sebuah video tular di aplikasi TikTok, ibu muda berkenaan meminta suaminya membelikan sebotol pencuci lantai kerana mengidam untuk menghidu bahan tersebut. Namun demi isteri tercinta yang sedang berbadan dua, apa sahaja sanggup dilakukan oleh si suami bagi memenuhi keinginan ‘aneh’ itu.


Dek Pembawakan Budak, Wanita Hamil ‘Lepas Gian’ Ngidam Bau Gel Pencuci Lantai

 

Dek Pembawakan Budak, Wanita Hamil ‘Lepas Gian’ Ngidam Bau Gel Pencuci Lantai

Bukan main seronok keinginan dipenuhi & dapat hidu gel pencuci..

Malah terlihat jelas reaksi gembira di wajah saat suaminya menghulurkan gel pencuci lantai yang diidamkan. Tidak membuang masa, wanita berkenaan kemudian menuang gel tersebut di atas tisu sebelum menghidunya. Pada masa yang sama, dia turut berterima kasih kepada lelaki tersebut kerana sudi melayan karenahnya.


@mvaaatz

Selain suka nyiumin sabun sekarang nyiumin wipol😅 #anehtapinyata

♬ original sound – mvaaa✨ – mvaaa✨

Nanti anak dah besar mesti wangi je..

Perkongsian rakaman video pendek itu ternyata telah mencuri tumpuan ramai selain dibanjiri dengan pelbagai reaksi positif di ruangan komen. Rata-rata mereka memuji keprihatinan si suami dalam memenuhi keinginan isteri. Tidak kurang juga ada antara mereka yang berkongsi pengalaman mengidam sewaktu hamil.

Dek Pembawakan Budak, Wanita Hamil ‘Lepas Gian’ Ngidam Bau Gel Pencuci Lantai

Dek Pembawakan Budak, Wanita Hamil ‘Lepas Gian’ Ngidam Bau Gel Pencuci Lantai

Dek Pembawakan Budak, Wanita Hamil ‘Lepas Gian’ Ngidam Bau Gel Pencuci Lantai

Sumber : TikTok mvaaa

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Dek Pembawakan Budak, Wanita Hamil ‘Lepas Gian’ Ngidam Bau Gel Pencuci Lantai

Facebook

Telegram