“Demam Ni Mengandung Ke?”- Jika Belum Rezeki, 10 Pregnancy Test Pun Tak Berguna

Sudah menjadi lumrah buat setiap yang berumah tangga, pasti memasang impian untuk memiliki cahaya mata sendiri untuk membesarkan lagi keluarga kecil bukan? Pun begitu, ia bergantung mengikut rezeki masing-masing kerana ada yang hadir awal. Ada juga yang dah bertahun-tahun kahwin masih belum kunjung tiba lagi. Buat para isteri yang masih diuji sedemikian rupa, jadikan nota perkongsian oleh personaliti media sosial bernama Aisyah Hijanah ini sebagai renungan bersama.

BACA: Disangka Haid Terlampau, Rupanya Wanita Ini Ada ‘Benda’ Bersarang Dalam Rahim

Bagi yang mengikuti kehidupan wanita ini berusia 21 tahun bersama suaminya iaitu Alif ‘Teega’ di laman Instagram, mereka baru sahaja pulang daripada percutian di Turki. Namun di sebalik kegembiraan melawat beberapa tempat menarik di sana, ada pula respon daripada pengikut yang telah merunsingkan kepalanya.

Demam ni pregnant ke? Ada bawa something dari Turki?

Setiap kali dilanda masalah kesihatan, mereka seringkali mentafsir Aisyah menunjukkan tanda-tanda berbadan dua. Gara-gara itu, dia malah telah membeli lebih 10 pregnancy tests berlainan semata-mata untuk memeriksa kesahihan perkara tersebut. Ujar wanita ini, dia bukan kecewa akibat belum hamil kerana pasti ada hikmah-Nya. Sebaliknya dia terkilan dengan ‘mulut’ orang yang seakan-akan meletakkan terlalu banyak harapan kepadanya.

Paling annoyed bila orang bagi tips buat anak…Wanita bukan bahan mainan

Selain itu, dia juga adakalanya berasa rimas apabila diberikan bermacam tips bagi menggalakkan lagi peluang kehamilan. Tak cukup dengan itu, Aisyah juga bahkan pernah meminta suaminya bernikah sekali lagi kerana merasakan dirinya tidak boleh memberikan sebarang zuriat.

Kadang niat nak gurau…tapi ada orang tak boleh terima lagi

Jelas penuntut UKM ini lagi, dia pernah juga dimaklumkan oleh beberapa netizen yang hilang semangat untuk meneruskan hidup atau hubungan rumah tangga akibat tekanan sebegini. Justeru itu, dia memohon orang ramai di luar sana agar jangan terlalu ‘menjaga tepi kain orang’ dan fokus terhadap kehidupan masing-masing.

View this post on Instagram

Korang request nak baby turki kan? Hahahah ni dah lahir dah hahahaha! Actually Aisyah tgh tangkap gambar kat depan Hagia Sofiya, then budak ni friendly betul tiba-tiba datang peluk Aisyah. Mak ayah dia senyum je sbb anak diorg mmg cheerful _ Aisyah mmg suka budak mcm ni, muka ala arab, suka senyum, suka gelak, friendly & tak takut org. Bagus parenting mak ayah dia. Kalau korang tanya pasal baby, actually Aisyah x terasa pun, sbb bagi Aisyah mungkin rezeki kitaorg ni travel sini sana dulu. In Shaa Allah waktu yg terbaik Allah dah aturkan. Tak semua benda yg kita nak, mesti Allah bagi on the spot. Kadang tu Allah tangguh sekejap dalam beberapa tempoh, sbb Allah tahu kemampuan kita _ Okay la nak cari toys utk anak jap! Hahahaha selamat malam Malaysia 😍

A post shared by AISYAH HIJANAH (@aisyahhijanah) on

Sumber: IG aisyahhijanah

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?