Viral Isu Semasa

Demi Belanja Masuk Poket Sendiri, 2 Gadis Kantoi ‘Songlap’ Wang Butik RM17 Ribu

Demi Belanja Masuk Poket Sendiri, 2 Gadis Kantoi ‘Songlap’ Wang Butik RM17 Ribu

Sebagai seorang pekerja, sikap amanah dan jujur wajib diterapkan dalam diri. Akan tetapi, terdapat juga sesetengah pihak mengambil kesempatan apabila mata mula dikaburi dengan wang ringgit. Oleh itu, pelbagai cara sanggup dilakukan demi menyembunyikan kegiatan ‘kotor’ tersebut.


BACA: Muka Cantik Tapi Tangan Panjang, Wanita Kantoi Nekad Curi Baju Bernilai RM4K

Pecah amanah, ambil duit butik berjumlah RM17 ribu

Memetik laporan Harian Metro, 2 pekerja butik telah difahamkan pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM17,000. Gadis berusia 19 dan 22 tahun berkenaan telah ditahan semalam dan direman selama 4 hari hingga Jumaat untuk siasatan lanjut.


Demi Belanja Masuk Poket Sendiri, 2 Gadis Kantoi ‘Songlap’ Wang Butik RM17 Ribu
Kredit Foto: Harian Metro

 

‘Kantoi’ apabila majikan buat semakan audit, patutnya duit masuk dalam akaun syarikat tapi tiada

Difahamkan, suspek diamanahkan memasukkan wang hasil jualan ke dalam akaun syarikat setiap hari dan menghantar rekod melalui aplikasi WhatsApp. Akan tetapi, kegiatan tersebut ‘kantoi’ apabila majikan tersebut mendapati hasil jualan tidak sama dengan jumlah yang diperoleh hasil daripada semakan audit. Kedua-dua gadis berkenaan turut didapati gagal melakukan tugas tersebut sekitar pertengahan Julai hingga pertengahan Ogos.


Demi Belanja Masuk Poket Sendiri, 2 Gadis Kantoi ‘Songlap’ Wang Butik RM17 Ribu

Demi Belanja Masuk Poket Sendiri, 2 Gadis Kantoi ‘Songlap’ Wang Butik RM17 Ribu
Gambar Sekadar Hiasan

 

Beri banyak alasan apabila disoal… akhirnya mengaku guna duit butik untuk kegunaan sendiri

Selain itu, suspek memberikan pelbagai alasan dan hanya menyerahkan RM8,734 sahaja apabila disoal oleh majikan berkenaan. Akhirnya, kedua-dua gadis berkenaan mengaku menggunakan wang yang ‘disonglap’ secara berperingkat untuk kegunaan sendiri.

Demi Belanja Masuk Poket Sendiri, 2 Gadis Kantoi ‘Songlap’ Wang Butik RM17 Ribu

Sumber: FB Harian Metro

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Demi Belanja Masuk Poket Sendiri, 2 Gadis Kantoi ‘Songlap’ Wang Butik RM17 Ribu

Facebook

Telegram