Demi Mengajar Di Sarawak, Guru Ini Sanggup Tinggal Jauh Dari Isteri Tersayang!

Bekerja sebagai seorang guru memang menyeronokkan. Namun terdapat pelbagai pengorbanan yang perlu dilalui sebagai contohnya menerima keputusan tentang tempat mengajar yang jauh. Bagi yang masih bujang memang tiada masalah. Tetapi berbeza pula dengan guru yang sudah berkahwin. Menerusi Facebook seorang guru bernama Sofuan Saadon, dia ada berkongsikan perasaan sebak tatkala terpaksa berjauhan dengan isteri demi mendidik anak bangsa.

Baca : Muka Ketat Sebab Penat…Gadis Ini Dedah Struggle Kerjaya Seorang Nurse!

Ketika baru kahwin dahulu, Sofuan terpaksa pulang ke Sarawak dan tinggalkan isterinya di semenanjung demi memenuhi amanah sebagai seorang guru. Tak dapat dinafikan, ia adalah detik yang sedih buat mereka berdua.

Bini cuba tahan air mata daripada jatuh…

Walaupun berat hati isterinya untuk menerima perpisahan sementara tersebut, Saadon hanya mampu memujuk agar isterinya sabar dengan situasi ini.

Isteri berhenti tepi jalan menangis semahu-mahunya…

Alah bisa tegal biasa. Di awalnya memang sukar diterima. Namun lama kelamaan, isteri Saadon redha dengan pemergian suaminya ke bumi Sarawak itu.

Dia nampak akur melepaskan aku pergi…

Demikianlah salah satu cabaran cinta jarak jauh yang dihadapi oleh sepasang suami isteri ini. Meskipun terpaksa berjauhan, cinta mereka tetap sama. Paling penting, si isteri memahami tugas suaminya sebagai seorang guru.

Tuhan, tolong jagakan dia untuk ku…

Sumber : Facebook Sofuan Saadon

Apa Komen Anda?