Family

Demi Rawat Anak Istimewa, Mak Ayah Kental Redah Hujan Naik Motor Dari Perak-KL

Demi Rawat Anak Istimewa, Mak Ayah Kental Redah Hujan Naik Motor Dari Perak-KL

Sharing is caring!

Tak dinafikan bawa anak kecil menaiki motosikal boleh mengundang risiko, lebih-lebih lagi masuk musim tengkujuh sekarang. Namun bagi sesetengah orang, itu sahajalah kenderaan yang banyak berjasa lancarkan kehidupan seharian serta termasuklah urusan kecemasan.

BACA: Walaupun Tersungkur Redah Hujan, Kegigihan Rider Ini Berjaya Sentuh Hati Ramai

Motor saja pilihan terakhir kami untuk bawa anak ke HKL dari Perak…mama siap ganti bawa motor dengan papa

Menerusi satu perkongsian di Facebook baru-baru ini, Puan Nur Natasya mendedahkan dia dan suami terpaksa gunakan motosikal untuk membawa anak istimewa mereka yang bernama Mardhiah ke pusat perubatan HKL. Walaupun agak berisiko, namun cuma itu saja ikhtiar yang tinggal kerana sebelumnya terdapat beberapa masalah yang tak dapat dielakkan. Selain travel dari petang hingga malam, wanita ini juga gantikan suaminya tunggang motor tersebut bagi membolehkannya rehat seketika.


Demi Rawat Anak Istimewa, Mak Ayah Kental Redah Hujan Naik Motor Dari Perak-KL

Posted by Nur Natasya on Monday, November 9, 2020

Walaupun terpaksa redah hujan lebat tapi Allah ganti dengan orang yang berhati mulia…Tak kenal tapi sudi tolong kami

Tak cukup dengan itu, mereka juga terpaksa redah cuaca hujan lebat sebelum sampai di tempat berteduh dan gantikan baju si cilik tersebut. Namun tanpa disangka-sangka, ramai individu prihatin termasuk anggota polis yang sudi membantu ringankan dugaan ditempuhi keluarga kecil ini. Daripada yang mengirimkan duit belanja makan dan menaja penginapan hotel, Puan Nur Natasya akui sangat terhutang budi dengan mereka semua.

Demi Rawat Anak Istimewa, Mak Ayah Kental Redah Hujan Naik Motor Dari Perak-KL


Demi Rawat Anak Istimewa, Mak Ayah Kental Redah Hujan Naik Motor Dari Perak-KL

Posted by Nur Natasya on Monday, November 9, 2020

Demi Rawat Anak Istimewa, Mak Ayah Kental Redah Hujan Naik Motor Dari Perak-KL

Sumber: FB Nur Natasya


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini