Cinta Inspirasi

Dendang Lagu BCL Sebagai Tribute Ashraf Sinclair, Misha Omar Runtun Jiwa Ramai

Dendang Lagu BCL Sebagai Tribute Ashraf Sinclair, Misha Omar Runtun Jiwa Ramai

Sharing is caring!

Berat mata memandang, berat lagi mahu yang memikul. Kehilangan mengejut Allahyarham Ashraf Sinclair yang terpaksa dihadapi oleh Bunga Cinta Lestari (BCL) masih menjadi perbualan netizen. Walaupun sudah memasuki minggu ke-2 pemergiannya, BCL nyata tidak dapat membendung kesedihan lebih-lebih lagi ketika bertugas sebagai penghibur di Indonesia. Perkara ini boleh diperhatikan menerusi beberapa video tular sepanjang minggu ini.

BACA: [VIDEO] Walaupun Tanpa Bayaran, Misha Omar Nangis Beraksi Depan Banduan

Dendang Lagu BCL Sebagai Tribute Ashraf Sinclair, Misha Omar Runtun Jiwa Ramai

 

Tribute khas buat Ashraf & penggiat seni yang telah tiada

Antara yang turut merasai kesedihan itu adalah Misha Omar. Menerusi posting di Instagram miliknya, penyanyi berusia 38 tahun itu telah menyampaikan lagu hit BCL yang berjudul ‘Cinta Sejati’. Selain Ashraf Sinclair, Misha juga mendedikasikan tribute lagu tersebut khas buat beberapa lagi anak seni tanah air yang telah menghadap Ilahi. Alunan lagu dan irama yang digubah tersebut nyata telah menyentuh perasaan para pendengar ditambah pula dengan riak wajah Misha kelihatan hampir menangis.

 

Dendang Lagu BCL Sebagai Tribute Ashraf Sinclair, Misha Omar Runtun Jiwa Ramai

 

Teruslah berkasih sayang, cinta mencintai saat waktu masih berpihak pada kita

Siapa sangka, paparan video berdurasi 2 minit 12 saat itu sangat mendalam maksud liriknya dalam situasi yang menyayat hari ini. Dalam pada itu, Misha juga menyeru setiap pihak yang mendengar rakaman terbabit agar menghadiahkan Al-Fatihah. Menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen mengakui sangat terkesan sebaik selesai mendengarkan dendangan lagu tersebut sekali gus mendoakan kesejahteraan buat Allahyarham Ashraf Sinclair, Abam Bocey serta mereka yang telah tiada.

Dendang Lagu BCL Sebagai Tribute Ashraf Sinclair, Misha Omar Runtun Jiwa Ramai

Dendang Lagu BCL Sebagai Tribute Ashraf Sinclair, Misha Omar Runtun Jiwa Ramai

Dendang Lagu BCL Sebagai Tribute Ashraf Sinclair, Misha Omar Runtun Jiwa Ramai

Dendang Lagu BCL Sebagai Tribute Ashraf Sinclair, Misha Omar Runtun Jiwa Ramai

Sumber: Twitter namaakujelek & IG mishaomar

Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Dendang Lagu BCL Sebagai Tribute Ashraf Sinclair, Misha Omar Runtun Jiwa Ramai

Sharing is caring!