“Denyut jantungku berdebar, terasa indahnya, dunia ini kita yang punya”. Lagu berjudul ‘Casablanca’ nyanyian Nuha Bahrin ft Naufal Azrin boleh dikatakan sedang trending sekarang khususnya di aplikasi TikTok. Bukan sekadar iramanya yang sedap didengar, malahan penggunaan lirik Bahasa Arab bercampur Melayu seakan menjadi kekuatan utama lagu ini.
BACA :Â Penyanyi Lagu Viral TikTok Terkucil Di Pentas Live, Suara Guru Seni Lebih Merdu
Nyanyi saja-saja pun sedaplah Ernie Zakri ni
Dalam rancangan ‘Sepahtu Reunion Live’ semalam pula, Ernie Zakri telah menjadi salah seorang artis jemputan bagi memeriahkan persembahan. Pun begitu, babak ketika dia sedang mengelap meja di kedai makan sambil menyanyikan lagu itu cukup menarik perhatian ramai.
Sedap Ernie nyanyi lagu ‘Casablanca’ walaupun pendek naw
Rakaman di studio mungkin kedengaran kurang jelas. Akan tetapi, suara yang terhasil menerusi paparan di kaca televisyen cukup memukau telinga penonton. Nampak sangat bersahaja tanpa sebarang autotune, namun ibu anak 1 ini selamba menarik bahagian lagu yang ‘tinggi’ tanpa sebarang kecacatan langsung.
@erniegrande_brunomemel Sedapnya wlpn pendek naw cr.Ernie Nators TV💖 #fypシ #erniezakri #syamelernie #casablanca
Cara nyanyian dia mengingatkan aku dengan lenggok suara Waheeda Wassini…Merdu, gemersik & berlemak
Melalui ruangan komen, netizen memberikan pujian melambung setelah mendengar lagu ‘Casablanca’ versi Ernie Zakri. Sesekali, mereka sempat menyamakan nyanyian itu dengan mutu suara Waheeda Wassini yang sememangnya terkenal dengan lagu berunsur Malay-Arabian.
Kredit : IG Zon Lawak, TikTok Ernie Grande Bruno Mel
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
