Family Inspirasi

Derita Scoliosis Sejak Lahirkan Anak, Wanita Ini Beruntung Suami Sentiasa Ada

Derita Scoliosis Sejak Lahirkan Anak, Wanita Ini Beruntung Suami Sentiasa Ada

Sharing is caring!

Meskipun wang dikatakan penting untuk menjamin kelangsungan hidup, namun kebahagiaan keluarga bukan diukur melalui harta benda sahaja. Kesetiaan dan kesanggupan suami atau isteri bertahan apabila ditimpa musibah adalah sesuatu yang amat dicemburui. Dalam coretan khas di Twitter, wanita bernama Cyda ini telah memuat naik kisahnya yang disahkan menderita masalah kesihatan Scoliosis sejak kelahiran anak pertama.

BACA: “Awak Ajarkan Saya English Boleh?” -Isteri Siap Buka Kelas Tuisyen Untuk Suami

Derita Scoliosis sejak melahirkan anak

Menurut portal rasmi MyHEALTH, ialah satu kondisi perubatan di mana tulang belakang seseorang akan bengkok ke kiri atau ke kanan. Disebabkan masalah itu juga, Cyda kerap mengalami pening kepala, mudah marah selain kesukaran untuk bernafas. Buntu dengan ujian berat yang menimpa dirinya, dia masih tetap bersyukur kerana dikurniakan suami yang sabar melayan ragamnya selain memberikan kata semangat.


Derita Scoliosis Sejak Lahirkan Anak, Wanita Ini Beruntung Suami Sentiasa Ada Derita Scoliosis Sejak Lahirkan Anak, Wanita Ini Beruntung Suami Sentiasa Ada

Derita Scoliosis Sejak Lahirkan Anak, Wanita Ini Beruntung Suami Sentiasa Ada
Gambar sekadar hiasan

Suami uruskan tugas di rumah..tetap bersabar

Suaminya tidak pernah mengeluh tatkala menggantikan tugasnya menyiapkan kerja rumah dan menyediakan makan malam buat keluarga meskipun baru pulang dari kerja. Tambah wanita tabah ini, dia hanya mampu bertahan selama 2 atau 3 hari seminggu saja untuk menjalankan tanggungjawabnya.

Derita Scoliosis Sejak Lahirkan Anak, Wanita Ini Beruntung Suami Sentiasa Ada Derita Scoliosis Sejak Lahirkan Anak, Wanita Ini Beruntung Suami Sentiasa Ada

Derita Scoliosis Sejak Lahirkan Anak, Wanita Ini Beruntung Suami Sentiasa Ada
Gambar sekadar hiasan

Kuatkan diri demi kebahagiaan keluarga

Hatinya tersentuh saat suami menyatakan rasa sayang dan tidak menyesal memilikinya yang sedang ditimpa musibah. Bahkan Cyda sekarang ini sudah mampu untuk mengawal masalah kesihatannya itu sambil mengumpulkan kudrat yang ada untuk melayan keluarga. Cyda juga berdoa semoga dirinya diberi kesembuhan supaya dapat kembali berbakti kepada suami dan anak-anaknya.


Derita Scoliosis Sejak Lahirkan Anak, Wanita Ini Beruntung Suami Sentiasa Ada Derita Scoliosis Sejak Lahirkan Anak, Wanita Ini Beruntung Suami Sentiasa Ada Derita Scoliosis Sejak Lahirkan Anak, Wanita Ini Beruntung Suami Sentiasa Ada

Derita Scoliosis Sejak Lahirkan Anak, Wanita Ini Beruntung Suami Sentiasa Ada

Sumber: Twitter @cydacumy , Portal MyHEALTH


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Derita Scoliosis Sejak Lahirkan Anak, Wanita Ini Beruntung Suami Sentiasa Ada

Sharing is caring!