Hiburan Viral

Detail Sungguh Sampai Berbulu Kaki, Kek Birthday Syatilla Melvin Paling ‘Rare’

Detail Sungguh Sampai Berbulu Kaki, Kek Birthday Syatilla Melvin Paling ‘Rare’

Sharing is caring!

Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk menghargai partner masing-masing. Ia termasuklah melakukan kejutan istimewa kepada partner sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan yang dicurahkan sepanjang melayari bahtera perkahwinan. Malah tidak lengkap sesuatu majlis sambutan ulang tahun kelahiran atau perkahwinan itu tanpa sebiji kek. Kebiasaannya memang terdapat pelbagai jenis bentuk kek yang ditempah, namun pernahkah anda terfikir untuk menempah kek berbentuk haiwan?

BACA : “Risau Saat Diberitahu Bayi Songsang” -Amyra Kongsi Pengalaman Bersalin Tingkap


Kek anniversary okay je tapi birthday cake dia kemain

Dengar sahaja perkataan lipas sudah membuatkan bulu roma meremang, inikan pula jika menerima kejutan sebiji kek berbentuk lipas. Pastinya manisan berbentuk itu bakal mengejutkan ramai. Bercakap mengenai kek berbentuk ‘rare‘ ini, sepasang suami isteri terkenal iaitu Shaheizy Sam dan isterinya Syatilla Melvin sempat membuatkan ramai terkejut dengan kek hari jadi serta ulang tahun mereka.

Detail Sungguh Sampai Berbulu Kaki, Kek Birthday Syatilla Melvin Paling ‘Rare’Detail Sungguh Sampai Berbulu Kaki, Kek Birthday Syatilla Melvin Paling ‘Rare’

Detail sungguh dengan bulu-bulu kat kaki

Menerusi entri yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, Sam dan isterinya meluahkan rasa terkejut apabila melihat rekaan kek yang diterima mereka berbentuk lipas. Meskipun tampak ‘menggerikan’ namun pelakon berusia 38 tahun ini masih memuji ketelitian hasil tangan pembuat kek tersebut yang nampak sungguh real dari segi warna sampailah ke setiap anggota badannya.


Detail Sungguh Sampai Berbulu Kaki, Kek Birthday Syatilla Melvin Paling ‘Rare’

Bayangkan bila potong kek tu lipas keluar

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen menyatakan rasa ngeri dan mustahil untuk memakan kek tersebut sekiranya berada di tempat Sam. Malah tidak kurang juga ada yang memberikan komen-komen lucu terhadap kek lipas itu. Terdahulu, Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy.

Detail Sungguh Sampai Berbulu Kaki, Kek Birthday Syatilla Melvin Paling ‘Rare’ Detail Sungguh Sampai Berbulu Kaki, Kek Birthday Syatilla Melvin Paling ‘Rare’ Detail Sungguh Sampai Berbulu Kaki, Kek Birthday Syatilla Melvin Paling ‘Rare’

Sumber : Instagram shaheizy_sam


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Detail Sungguh Sampai Berbulu Kaki, Kek Birthday Syatilla Melvin Paling ‘Rare’

Sharing is caring!