Inspirasi Viral

“Di Rumah Banyak Mulut, Tiba Sekolah Pendiam..”, Lelaki Ini Dedah Hidap Anxiety

“Di Rumah Banyak Mulut, Tiba Sekolah Pendiam..”, Lelaki Ini Dedah Hidap Anxiety

Sharing is caring!

Sesetengah daripada kita mungkin cenderung untuk mudah rasa gugup dan risau. Lebih-lebih lagi apabila perlu berdepan dengan situasi tertentu. Sedangkan mereka tidak menyedari bahawa situasi itu telah dialami sejak kecil lagi dan bukanlah sesuatu yang normal serta kemungkinan berhubung kait dengan masalah anxiety (keresahan). Baru-baru ini, seorang psikologis berkongsi mengenai pengalaman dirinya yang mengalami masalah berkenaan semasa zaman kanak-kanak. 

BACA: Baru Buat Akaun, Terus Disergah Warga Twitter Tak Faham Ke I Ada Anxiety?

Sampai ayah janji nak bagi hadiah kalau saya cakap..

Menerusi posting oleh saudara Akif Basri di laman Twitter, semasa kecil dia seorang yang petah bercakap apabila bersama keluarga namun sebaliknya berlaku apabila berada di sekolah. Dia bertukar perwatakan kepada seorang yang pendiam. Lebih serius lagi apabila dia berasa terlalu takut untuk bersuara. Sehinggakan ayahnya sanggup memberikan ganjaran jika berjaya mengatasi masalah itu namun tidak berhasil pada mulanya. 


“Di Rumah Banyak Mulut, Tiba Sekolah Pendiam..”, Lelaki Ini Dedah Hidap Anxiety

“Di Rumah Banyak Mulut, Tiba Sekolah Pendiam..”, Lelaki Ini Dedah Hidap Anxiety

“Di Rumah Banyak Mulut, Tiba Sekolah Pendiam..”, Lelaki Ini Dedah Hidap Anxiety
Gambar sekadar hiasan

Banyak fikir dan takut benda belum jadi..

Setelah mempunyai kerjaya sebagai psikologis, lelaki ini baru menyedari bahawa perkara tersebut bukanlah sesuatu yang normal dan dia menghidapi salah satu masalah kecelaruan keresahan iaitu ‘Selective Mutism. Walaupun masih menghidapi masalah ini, kini dia mampu untuk mengawalnya. Apabila ditanyakan cara mengenal pasti masalah ini, lelaki ini menjelaskan bahawa mereka yang menghidapi anxiety selalu berfikir secara ekstrem, ketakutan melampau dan mudah berasa risau. 

“Di Rumah Banyak Mulut, Tiba Sekolah Pendiam..”, Lelaki Ini Dedah Hidap Anxiety

“Di Rumah Banyak Mulut, Tiba Sekolah Pendiam..”, Lelaki Ini Dedah Hidap Anxiety

“Di Rumah Banyak Mulut, Tiba Sekolah Pendiam..”, Lelaki Ini Dedah Hidap Anxiety
Gambar sekadar hiasan

Pengalaman hidup sangat membantu untuk empati

Saudara Akif juga tidak menyangka bahawa pengalaman hidupnya semasa zaman kanak-kanak telah menyebabkan dirinya lebih memahami perasaan pelanggan yang turut mengalami masalah sama. Di penghujungnya, dia sempat memberikan dorongan dan semangat kepada mereka yang turut berjuang untuk memberikan sokongan terhadap golongan seperti dirinya. 


“Di Rumah Banyak Mulut, Tiba Sekolah Pendiam..”, Lelaki Ini Dedah Hidap Anxiety

“Di Rumah Banyak Mulut, Tiba Sekolah Pendiam..”, Lelaki Ini Dedah Hidap Anxiety
Gambar sekadar hiasan

Sumber: Twitter akif_basri


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!