“Dia Akan Hidup Balik..” – Pengarah Teruja, Umum ‘Nur’ Bakal Jadi Filem Pula!

Oh sayangku hari ini aku syantik..” dan “Semalam Bobo di mana..” merupakan alunan lagu yang sering kedengaran sepanjang siri drama rantaian popular, Nur 2 ditayangkan sekitar bulan April lalu. Walaupun watak Ustaz Hamadi tidak lagi bernyawa, namun itu bukanlah pengakhiran drama yang pernah tular di laman sosial itu. Terbaru, pengarahnya iaitu Shahrulezad Mohameddin telah mengesahkan bahawa Nur bakal dibawa ke layar perak pula!

BACA: Didik Anak Lelaki Cara Urus Rumah Tangga Bukan Nak Ajar Jadi P*ndan

Memetik laporan portal BH Online, Shahrulezad menyatakan bahawa dia sudah bersedia untuk duduk di kerusi sutradara filem pula selepas mengarahkan pelbagai drama termasuklah ‘Cari Aku Di Syurga’. Malah dia juga merasakan bahawa masa ini sangat tepat untuk menghasilkan naskah itu memandangkan minat yang masuih tinggi daripada orang ramai selepas drama itu muncul dua tahun berturut-turut di kaca TV.

Akhirnya projek filem akan jadi kenyataan..

Penggambaran filem itu dijangka akan berlangsung sekitar Mac 2020 kerana turut mengambil kira keadaan salah seorang pelakon utamanya, iaitu Amyra Rosli yang telah mengumumkan hamil zuriat kedua baru-baru ini. Berkenaan storyline filem itu pula, dia mahu meneruskan kesinambungan daripada drama Nur 2. 

Menerusi posting di Instagram miliknya pula, dia berharap agar karya sentuhan kali ini turut mendapat sedikit tempias daripada kehamilan Amyra, sama sewaktu dia menghamilkan Anaqi sewaktu drama pertama Nur. Malah Shahrulezad turut berseloroh bahawa watak Ustaz Hamadi akan dihidupkan semula walaupun akui agak dilema untuk memikirkan caranya nanti. Ternyata pengumuman itu mendapat banyak reaksi positif peminat siri drama ini, lebih-lebih lagi kepada watak antagonisnya.

Sumber: IG budakijat & BH Online

Apa Komen Anda?