“Dia Betul-Betul Ingat Kartun Itu Dia”-Gelagat Comel Budak Ini Curi Perhatian

Kanak-kanak tak pernah lari daripada keletah mereka yang sangat comel serta mencuit hati. Ada saja aksi-aksi yang mereka lakukan berjaya menghiburkan kedua ibu bapa. Tambahan pula, kanak-kanak juga sering cenderung untuk meniru gaya yang dilihat menerusi televisyen ataupun melalui internet. Baru-baru ini tular satu video di laman Twitter memaparkan kecomelan seorang budak perempuan yang sempat dirakam oleh ibunya. 

BACA: Dulu Berangan Lihat Budak Comel, Tak Sangka Dapat Sebijik 5 Tahun Akan Datang

Siapa tu? “Raeesa Sofia”

Kanak-kanak yang berusia 2 tahun tersebut, Raeesa Sofia dilihat gembira mengakui dirinya adalah merupakan salah satu karakter dalam filem ‘Wreck It Ralph’ iaitu Vanellope. Walaupun disangkal ibunya, gadis kecil itu tetap menekankan watak kartun tersebut adalah dirinya. Dengan matanya yang membulat serta pipi yang comel, dia berjalan ke hadapan televisyen untuk memberitahu perkara tersebut. 

Reaksinya pernah viral, rosakkan gincu ibu

Keletah Sofia sudah tidak asing lagi dengan pengguna Twitter. Video-video gelagatnya yang comel sering menjadi perhatian netizen. Sebelum ini, dia pernah tular dengan satu video dirinya meminta maaf gara-gara telah merosakkan gincu milik ibunya. 

Dia bukan macam Vanellope, tapi dia sebenarnya Vanellope

Video yang telah mendapat jumlah tontonan lebih 189,000 kali beserta 14,000 retweets bagaimanapun telah menarik perhatian netizen untuk terus menyaksikan gelagatnya. Sofia bukan sahaja comel tapi juga sangat petah berkata-kata walaupun masih pelat dalam menyebut sesetengah perkataan. 

Sumber: Twitter Alyaoreo

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?