“Dia Cari Kau Punya” – Sanggup Fly Ke Indonesia, Akhirnya Sofian Bertemu Idola!

Semalam, seorang pemuda yang berbakat besar dalam pembikinan video dan digital content iaitu Mohamad Sofian telah mendapat kiriman mesej peribadi daripada Youtuber terkenal dari Amerika Syarikat iaitu Zach King. Dalam paparan mesej itu, dia turut menyatakan sangat berbesar hati sekiranya diberi kesempatan untuk berjumpa dengan lelaki berusia 23 tahun ini dan bakal tiba ke Indonesia dalam masa yang terdekat ini. 

BACA: Hasil Video Gempak Pemuda Ini Dapat Perhatian Zach King, Siap Ajak Jumpa Lagi!

Sampai sekarang speechless…Doakan perjalanan kami pergi & pulang

Selepas mendapat pelbagai respon positif daripada ramai peminat, Sofian akhirnya mengesahkan yang dia telah pun membeli tiket penerbangan dan berangkat ke Jakarta sekitar jam 10 malam tadi untuk bertemu dengan idolanya itu. Turut dibawa bersama dalam misi #piantozachking ini adalah seorang lagi rakannya.

Dia akan cari kau punya…Tahniah Pian!

Akhirnya Sofian berjaya juga untuk bertentang mata dengan idolanya selama 4 tahun menerusi sebuah sebuah video yang baru sahaja dikongsikan sebentar tadi. Mereka dilihat bersama-sama dalam sebuah kereta dan sedang menuju ke satu lokasi untuk meneruskan pertemuan yang dirancang sebelum ini. Dalam pada itu, rata-rata netizen serta beberapa selebriti ternama Malaysia turut mengucapkan tahniah dan tumpang gembira kepada anak Terengganu ini kerana bukan mudah untuk merealisasikan impian seperti ini.

Sumber: IG sofyank96

Apa Komen Anda?