“Dia Dijumpai Dalam Keadaan Sangat Elok”- Anak Seniwati Jatuh Bot Telah Ditemui

Semalam, industri hiburan dikejutkan dengan satu berita di mana anak kepada seorang pelakon terkenal, Fauziah Nawi iaitu Firdaus Mohd Hanif atau mesra dengan Pitt Hanif jatuh ke dalam sebuah sungai selepas bot yang dinaiki bertembung dengan tiang jambatan. Pitt Hanif yang juga merupakan seorang pengarah filem dan drama terkenal mempunyai seorang isteri, Farah Ahmad serta tiga orang anak perempuan. 

BACA:Berkali-Kali Jatuh Masih Mampu Senyum, Semangat Peserta Dewi Remaja Dipuji

Dia dijumpai dalam keadaan yang sangat elok walaupun sudah hendak masuk dua hari

Walau bagaimanapun, seniwati itu telah membuat pengumuman rasmi di laman Facebook dirinya mengesahkan penemuan anaknya itu yang sudah pun kembali ke rahmatullah. Berita tersebut telah disampaikan oleh adik kepada pelakon itu memandangkan dirinya tidak dapat ke sana atas masalah kesihatan. Dia juga sempat memberitahu keadaan anaknya yang dijumpai dalam keadaan yang sangat elok dan sempurna walaupun sudah tidak bernyawa. 

Rakannya berjaya berenang menyelamatkan diri

Dalam kejadian kira-kira 1 tengahari itu, Allahyarham yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran mengambil peluang untuk memancing bersama seorang lagi rakannya di Sungai Jelai, Pahang. Namun ketika memancing, bot yang dinaiki terbalik menyebabkan dia dan rakan terjatuh ke dalam sungai tersebut. Rakannya yang juga krew penggambaran berjaya berenang menyelamatkan diri manakala dirinya hilang dibawa arus sungai yang deras. Anggota penyelamat telah bergegas mencarinya sejak semalam. Selepas pencarian disambung sehingga ke hari ini, jasad pengarah berkenaan akhirnya ditemui petang tadi. 

Sumber: Facebook Fauziah Nawi , Harian Metro dan Instagram Ifarahahmad

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?