Hiburan

“Dia Menantu Saya Hingga Akhirat” – Rozita Jawab Isu Unfollow Datin Shahida

“Dia Menantu Saya Hingga Akhirat” – Rozita Jawab Isu Unfollow Datin Shahida

Sharing is caring!

Desas desus mengenai status rumah tangga usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruzaman dan isterinya Datin Nur Shahida Mohd Rashid sehingga hari ini masih belum terjawab. Malah ibu kepada DS Aliff, Rozita Ibrahim turut terkena tempias akan kemelut rumah tangga mereka. Berang dengan keadaan itu, dia telah menjawab spekulasi tersebut di laman Instagram miliknya.

BACA : Bimbang Dituduh Riak, DS Aliff Tidak Dedahkan Sumbangannya Bagi Atasi COVID-19


“Dia Menantu Saya Hingga Akhirat” – Rozita Jawab Isu Unfollow Datin Shahida

Saya bersuara sebab dah tak tahan

Menerusi posting dibuat, dia merasa kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang suka memperbesarkan kisah rumah tangga anaknya sehingga mendatangkan fitnah. Selain itu, dia yang lebih mesra disapa Bonda Rozita turut menemplak sesetengah pihak yang cuba mengaitkan dirinya dengan masalah keluarga DS Aliff.

“Dia Menantu Saya Hingga Akhirat” – Rozita Jawab Isu Unfollow Datin Shahida

“Dia Menantu Saya Hingga Akhirat” – Rozita Jawab Isu Unfollow Datin Shahida

Tak follow tak maksud saya gaduh

Dalam pada itu, Bonda Rozita turut menjelaskan mengenai isu tidak mengikuti akaun Instagram Datin Shahida. Dia memberitahu posting yang dibuatnya sebelum ini di laman Instargram bukan untuk menyindir menantunya itu. Usahawan itu juga turut menafikan bahawa berlaku perselisihan faham antara dia dan menantunya.


“Dia Menantu Saya Hingga Akhirat” – Rozita Jawab Isu Unfollow Datin Shahida

“Dia Menantu Saya Hingga Akhirat” – Rozita Jawab Isu Unfollow Datin Shahida

Dia tetap menantu saya hingga akhirat

Bonda Rozita turut menemplak sikap segelintir pihak yang menghina keluarganya. Usahawan itu berkata perkara tersebut perlu dihentikan kerana bimbang dia tidak sempat memaafkan mereka satu hari nanti. Selain itu, dia juga mengingatkan orang ramai bahawa Datin Shahida tetap menjadi menantunya hingga akhirat walau apapun yang berlaku.

“Dia Menantu Saya Hingga Akhirat” – Rozita Jawab Isu Unfollow Datin Shahida

“Dia Menantu Saya Hingga Akhirat” – Rozita Jawab Isu Unfollow Datin Shahida

Sumber : Instagram Bonda Rozita Ibrahim


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!