Hiburan

“Dia Pakai Tie” – Penampilan Jep Dalam IG Live Buatkan Rahim Tak Henti Berdekah

“Dia Pakai Tie” – Penampilan Jep Dalam IG Live Buatkan Rahim Tak Henti Berdekah

Sharing is caring!

Sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), para selebriti juga tak terkecuali menjadi tumpuan ramai dalam memanfaatkan masa terluang masing-masing dengan membuat Live di laman Instagram mereka. Ada yang bermain muzik, berkongsi aktiviti harian dan juga pendapat. Selain itu, ada juga yang berinteraksi secara langsung di laman media sosial seperti kumpulan Sepahtu ini.

BACA : “Masak Welcome-Welcome Je” – Gelagat Jep Sepanjang Tempoh PKP Hiburkan Netizen

“Dia Pakai Tie” – Penampilan Jep Dalam IG Live Buatkan Rahim Tak Henti Berdekah

Pakai kemeja dengan siap tie

Semalam, pelawak Rahim telah mengundang Jep Sepahtu untuk turut serta bersiaran langsung dengannya di laman Instagram. Namun penampilan penyampai radio berkenaan pada ketika itu telah membuatkan Rahim gelak besar. Manakan tidak, dia dilihat memakai pakaian kemas yang seolah-olah mahu pergi bekerja di pejabat. Malah lagaknya itu tidak ubah seperti tetamu undangan dalam sebuah rancangan bual bicara di televisyen.


“Dia Pakai Tie” – Penampilan Jep Dalam IG Live Buatkan Rahim Tak Henti Berdekah

Jep sempat lagi makan tu

Tidak cukup dengan itu, gelagat Jep yang sedang makan semasa dalam sesi tersebut turut menghiburkan. Walaupun tidak mengeluarkan kata-kata, namun aksi pelawak itu telah menyebabkan sesi perbincangan mereka tergendala seketika apabila Rahim sekali lagi dilihat tidak berhenti ketawa.

“Dia Pakai Tie” – Penampilan Jep Dalam IG Live Buatkan Rahim Tak Henti Berdekah

Jep bagi salam pun dah lawak dah

Gelagat pelawak tersebut telah membuatkan ramai yang terhibur. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata akui bahawa Jep Sepahtu mampu membuatkan sesiapa ketawa hanya dengan melihat wajahnya sahaja. Malah mereka juga terkejut dengan penampilan pelawak itu yang tidak ubah seperti mahu ke pejabat.

“Dia Pakai Tie” – Penampilan Jep Dalam IG Live Buatkan Rahim Tak Henti Berdekah “Dia Pakai Tie” – Penampilan Jep Dalam IG Live Buatkan Rahim Tak Henti Berdekah “Dia Pakai Tie” – Penampilan Jep Dalam IG Live Buatkan Rahim Tak Henti Berdekah


Sumber : Instagram Rahim R2


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!