Sudah menjadi kebiasaan dalam kebanyakan ujibakat rancangan realiti di televisyen, daripada juri sampailah ke pemilihan ratusan peserta pasti ada pelbagai adegan mencuit hati yang terjadi. Hal sama juga sempat dirakamkan oleh pihak stesen TV3 pada hari ini menyaksikan sedikit kekecohan kecil berlaku di meja pendaftaran sebuah audition nyanyian.
BACA : Agensi Ternampak Di Warung Ikan Keli, Gadis Terus Dapat Job Model Antarabangsa
Dari pagi budak ni naik MRT jauh tau…Bangun subuh terus ke sini…Bagi peluang
Daripada penampilan serta rupanya yang masih sangat muda, difahamkan seorang budak perempuan tidak melepasi syarat utama ujibakat iaitu peserta haruslah berusia 18 tahun dan ke atas. Sangat yakin dengan bakat besar dimiliki anaknya, si ibu malah lantang bersuara dengan harapan kru produksi boleh memberikan sedikit budi bicara dan peluang untuk masuk ke pentas audition rancangan nyanyian tersebut.
Anak saya berbakat besar…Kalau tanya siapa pelapis TokTi, ni anak saya…Diaorang menyesal nanti
Selain memuji aspek berpotensi menjadi pelapis TokTi, dia turut menceritakan kesungguhan anaknya yang berusaha bangun awal pagi menaiki LRT untuk sampai ke Sri Pentas. Sanggup menebalkan muka sendiri, wanita berkenaan terus mengulang ayat “bagi peluang” sebelum akhirnya salah seorang kru di meja pendaftaran dilihat masuk ke dalam untuk berbincang.
Untuk anak dia sanggup yakinkan diaorang tanpa rasa malu…Terbaik mak macam ni, tak pandang lain
Meraih hampir 300 ribu jumlah tontonan sejak dimuat naik beberapa jam lalu, netizen memuji kesungguhan ibu berkenan tampil ke depan dengan penuh berani meskipun sedang berada di khalayak ramai. Meskipun nampak lucu kerana terlebih confident, namun begitulah kasihnya seorang ibu yang sanggup buat apa sahaja demi anak tersayang.
Kredit : IG TV3 Malaysia Official
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
