“Dia Pernah Nak Gugurkan Ain Sebab..” – Jiran Lama Buka Mulut Perangai Si Ibu

Beberapa hari yang lalu, kecoh di media sosial tentang video yang memaparkan seorang remaja perempuan OKU yang tidur di luar rumah oleh seorang pengguna laman Twitter. Kejadian itu dipercayai berlaku akibat diabaikan oleh ibu dan abang kandungnya. Terkini, kedua-dua mereka sedang dalam ditahan reman bagi membantu siasatan, manakala gadis bernama Ain itu pula sedang dirawat dan diperiksa di sebuah pusat rawatan di Kangar.

BACA: “Tak Tau Siapa Buat Dengan Dia” – Yana Marah Anak Tiba-Tiba Kucup Bibirnya

Kisah yang menyayat hati itu turut dirasai oleh seorang netizen yang mendakwa dirinya adalah seorang kenalan dan jiran lama kepada ibu remaja berkenaan. Menerusi laporan daripada portal mStar, wanita yang enggan didedahkan namanya ini meluahkan rasa terkejut dengan tindakan suspek yang bernama Zarina terhadap anak kandungnya yang baru berusia 14 tahun itu.

Zarina pernah nak gugurkan anak dia…

Menurut wanita yang kini tinggal di Kuala Lumpur ini lagi, dia juga mendakwa bahawa Zarina pernah berniat untuk menggugurkan Ain suatu ketika dahulu. Perkara tersebut dikatakan berpunca daripada krisis rumah tangga dengan bekas suaminya, namun tidak diteruskan olehnya dan Ain akhirnya dilahirkan ke dunia. 

Cerita pasal Ain ni Tok dia yang beritahu…bukan saya pergi rumah mereka

Dalam pada itu, dia turut dikritik oleh netizen lain kerana tidak melaporkan tentang insiden tersebut meskipun sekian lama tahu mengenai kisah keluarga tersebut. Rata-rata mereka turut memberitahu bahawa adik Ain mungkin dapat diselamatkan lebih awal lagi jika dia mengambil tindakan yang sepatutnya. Pun begitu, wanita ini hanya menjawab bahawa dia tidak mempunyai sebarang bukti kukuh sebelum ini dan hanya mengetahuinya berdasarkan cerita yang disampaikan oleh bapa Zarina sahaja.

Antara kritikan daripada netizen

Sumber: Twitter, mStar & YouTube Harian Metro

Apa Komen Anda?