Hiburan Keibubapaan

“Dia Pun Tak Tahu Saya Ada Lagu”- Zaki Tidak Mahu Dipengaruhi Dengan Nama Bapa

“Dia Pun Tak Tahu Saya Ada Lagu”- Zaki Tidak Mahu Dipengaruhi Dengan Nama Bapa

Sebut sahaja nama Datuk Jamal Abdillah, pasti semua rakyat Malaysia mengenalinya. Penyanyi lagenda yang digelar Raja Pop negara itu mempunyai peminat tanpa mengira had umur. Siapa sangka, bakat seni yang ada pada diri Jamal Abdillah mengalir dalam tubuh anaknya juga. Zaki Yamani, penyanyi muda yang sedang meningkat naik ini sedang mencipta populariti dalam bidang yang sama dengan bapanya.

BACA : Pernah Disuruh Buka Tudung Jika Mahu Jadi Penyanyi, Yuna Bongkar Cerita Lama

“Dia Pun Tak Tahu Saya Ada Lagu”- Zaki Tidak Mahu Dipengaruhi Dengan Nama Bapa


Enggan dikenali dengan pengaruh bapa

Menurut mStar, Zaki Yamani jarang menonton bapanya menyanyi secara langsung. Penyanyi muda itu juga berkata pembabitan awalnya di dalam industri hiburan tidak diketahui bapanya. Namun bakat seni yang diwarisi daripada bapanya membuatkan minatnya dalam bidang nyanyian sangat tinggi. Tambah lagi, penyanyi itu juga memaklumkan dia enggan dikenali kerana pengaruh bapanya sebaliknya mahu mencipta nama atas bakatnya sendiri.

“Dia Pun Tak Tahu Saya Ada Lagu”- Zaki Tidak Mahu Dipengaruhi Dengan Nama Bapa“Dia Pun Tak Tahu Saya Ada Lagu”- Zaki Tidak Mahu Dipengaruhi Dengan Nama Bapa“Dia Pun Tak Tahu Saya Ada Lagu”- Zaki Tidak Mahu Dipengaruhi Dengan Nama Bapa“Dia Pun Tak Tahu Saya Ada Lagu”- Zaki Tidak Mahu Dipengaruhi Dengan Nama Bapa

Mengagumi Hael Husaini

Setiap penyanyi pasti mempunyai idola mereka tersendiri. Bagi Zaki, dia mengagumi akan penyanyi dan komposer yang sedang meningkat naik, Hael Husaini. Menurutnya, perjalanan karier Hael dalam bidang seni itu membuatkan dia menjadikan komposer hebat itu sebagai idola. Penyanyi muda itu juga berkata dia pernah hampir berputus asa dalam meneruskan kariernya sebagai penyanyi.


“Dia Pun Tak Tahu Saya Ada Lagu”- Zaki Tidak Mahu Dipengaruhi Dengan Nama Bapa“Dia Pun Tak Tahu Saya Ada Lagu”- Zaki Tidak Mahu Dipengaruhi Dengan Nama Bapa

Sumber : mStar


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“Dia Pun Tak Tahu Saya Ada Lagu”- Zaki Tidak Mahu Dipengaruhi Dengan Nama Bapa

Facebook

Telegram