“Dia Sanggup Lepaskan Karier Demi Saya..” – Anak Sham Visa Luah Status Sebak

Semenjak bermulanya program realiti nyanyian Gegar Vaganza 2019, kelibat seorang penyanyi lelaki ini sering mencuri tumpuan ramai. Selain mempunyai penampilan terbaru yang boleh dikatakan agak segak, Sham Visa juga sering membuat dipuji atas persembahan yang berani dan menarik saban minggu dalam program tersebut. Malahan ramai mungkin tidak tahu bahawa sebelum menyertai GV2019, Sham pernah bekerja di pelantar minyak selama 13 tahun.

BACA: [VIDEO] Reaksi Anak-Anak Tengok Persembahan Naqiu Boboy Buat Ramai Terhibur

Dia sanggup lepaskan karier demi besarkan saya..

Baru-baru ini, satu status yang berkaitan dirinya telah menjadi tular di laman Twitter. Rupa-rupanya pemilik akaun tersebut merupakan anak lelakinya sendiri, iaitu Shakir Zafran. Dia terpanggil untuk meluahkan rasa bangga terhadap bapanya apabila ada netizen yang mengangumi transformasi wajah Sham yang dahulu dengan sekarang.

Dia pernah ‘buang’ perkara yang paling diminati dalam hidupnya semata-mata untuk memberikan perhatian terhadap saya. Pengorbanan ini sering dilepas pandang oleh banyak pihak. Syakir sangat hargai & tiada kata yang boleh ungkapkan rasa sayang terhadap daddy. Terima kasih untuk segalanya.

I love you son

Ekoran status tersebut telah memperoleh lebih 5 ribu retweets sejak dimuat naik, akhirnya ia sampai juga ke pengetahuan pelantun lagu ‘Dalam Gerimis’ berkenaan. Menerusi laman Instagram miliknya pula, Sham turut memberikan reaksi balas yang amat bermakna terhadap anaknya itu.

View this post on Instagram

🙏🏻😭 #ILoveYouSon

A post shared by Bluetooth Sham (@shamvisa.official) on

Mesti bangga dengan awak…Tolong beritahu lakonan dia dalam ‘Gemerlapan’ cool

Dalam pada itu, rata-rata netizen di Twitter bagaikan tidak percaya apabila mendapat tahu bahawa remaja lelaki terbabit adalah anaknya. Selain memberi kiriman salam kepada Sham Visa, ada yang turut sempat memuji perjalanan kariernya selaku anak seni yang versatil termasuklah filem yang pernah dibintanginya sebelum ini.

Sumber: Twitter mochizafran & IG shamvisa.official

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?