“Dia Taknak Lepaskan Saya”-Rupanya Panas Baran, Tunang Dedah Sikap Sebenar Nim!

Nampaknya, isu video yang tular memaparkan pergaduhan sepasang tunang ini di tepi jalan berhampiran sebuah bazar bagai tidak menemui jalan penghujungnya. Jika semalam pihak lelaki iaitu Nim sudah tampil memberikan keterangannya berhubung kejadian itu, hari ini pula tunangannya, Irene telah membuka mulut menceritakan kejadian penuh yang menjadi punca kepada pergaduhan itu. 

BACA: Konon Jadi Orang Tengah, Lelaki Kesal Teman Wanita ‘Disailang’ Kawan Sendiri!

Irene sememangnya kesal dengan dakwaan tidak benar yang dibuat Nim berhubung kejadian pada Rabu lalu. Semasa insiden itu, Irene sebenarnya dikasari selain dilemparkan dengan kata-kata kesat oleh Nim. 

Memang saya lambat.. sebab dapat order dari mama

Menurut Irene, kenyataan lelaki itu bahawa dia ingin mengambil telefonnya adalah benar. Tapi ia berpunca apabila Nim membahasakan diri Irene sebagai anjing kepada kawan-kawannya melalui WhatsApp kerana dia terlambat. Disebabkan itu, Irene berkeras untuk mengambil telefon itu bagi melihat apa yang diperkatakan mereka di WhatsApp. 

Dia grab saya punya leher, heret saya tepi jalan

Sebenarnya waktu tu kami dah bergaduh hampir setengah jam

Video yang tular hanyalah memaparkan kejadian akhir tetapi sebenarnya menurut Irene, mereka sudah bergaduh hampir setengah jam sebelum itu. Tetapi pergaduhan itu tidak dirakam oleh mana-mana pihak mungkin kerana mereka tidak mahu tunangnya itu didakwa atas kesalahan menceder4kan orang. 

Berhubung dakwaan Nim tentang punca dia menggigit pergelangan tangan Irene kerana ingin menyelamatkan diri daripada dicek1k gadis itu, Irene telah menafikannya. 

Dia suruh saya sentuh tempat touch n go tu, masa tulah dia…

Kesan pergaduhan itu, Irene mengalami s4kit kepala, mvntah-mvntah dan penglihatan menjadi kabur. Selain itu, bahagian bawah kepalanya juga mengalami bengkak akibat kesan pukuI.

Dia pernah pukuI saya tiga empat kali

Dia memang panas baran

Pernah nak berpisah.. dia taknak lepaskan saya 

Akur jika Nim mahu putuskan tunang

Sumber: mStar Online

Apa Komen Anda?