“Dia Teman Mak Di Syurga..”- Adik Afdlin Shauki Temui AjaI Akibat Langgar Lari

Beberapa hari yang lalu, Afdlin Shauki telah mendedahkan bahawa adik lelakinya iaitu Jefri Adzman telah ditimpa kecelakaan jalan raya di sekitar Kota Damansara. Lebih menyedihkan lagi, orang yang melanggar adiknya masih belum ditemui sehingga kini. Menerusi entri terbarunya di Instagram, dia memberitahu tahu bahawa Jefri sudah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 5.14 petang tadi.

Baca : Masa Tu Jentera Dah Penuh, Tapi Hati Berkeras Nak Pergi, Rupanya Tu Adik Saya

Apabila dimasukkan ke pusat kesihatan selepas kecelakaan tersebut, keadaan adiknya semakin teruk dan pastinya membuatkan Afdlin susah hati.

Ketika ini dia masih tidak sedarkan diri…

Sebelum ini, Afdlin ada meminta tolong kepada sesiapa yang menyaksikan sendiri kejadian berkenaan untuk tampil memberi kenyataan. Ketika itu, jelas terpampang wajah sayunya sebagai abang yang merisaukan keadaan adiknya.

Saya nak video dash cam…Tolong bantu saya…

Namun begitu, Allah nampaknya lebih menyayangi Jefri.

Sekarang dia boleh jaga mak di Jannah…Tak aci la korang

View this post on Instagram

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh semua Adik lelaki saya, Jefri Adzman Bin Aksan telah pulang ke rahmatullah pada hari ini, pukul 5:14pm di Hospital Thomson Kota Damansara. Moga rohnya ditempatkan di kalangan roh-roh orang yang beriman. Pada yang mengenali adik saya, saya memohon maaf segala kesilapan beliau. Dan halalkan makan dan minum beliau. Jika adik saya ada berhutang dgn sesiapa, boleh lah sekiranya menghubungi saya. Sekarang adik dah boleh jaga mak In Shaa Allah di jannah. Tak aci korang dah bersama. Ya Allah jagalah mereka, hindarkanlah siksa kubur, elakkan dari azab api neraka, elakkan dari fitnah sewaktu hidup dan selepas mati. Elakkan dari fitnah dajjal. Kejap sangat Allah pinjamkan kau dekat kami jep… Yeop sayang kau jep. Afdlin Shauki

A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on

Dalam pada itu, netizen terus memberikan ucapan takziah dan berasa simpati denganm kejadian sadis ini.

Salam takziah…Al-Fatihah

Allahyarham Jefri perginya di bulan baik…

Moga ditempatkan di kalangan orang beriman

Sumber : Instagram Afdhlinshaukiofficial

Apa Komen Anda?