“Dia Yang Kurang Ajar” – Datin Dedah Sebab Naik Angin Pada Staf Kedai Nasi Ayam

Beberapa minggu lepas, kecoh tentang seorang staf wanita sebuah restoran yang terkenal dengan menu nasi ayam telah dimarahi oleh seorang pelanggan. Tindakan individu yang dikenali sebagai Datin Nona untuk memuat naik video itu di laman Twitter bagaimanapun mendapat pelbagai kecaman daripada netizen yang didakwa sengaja mencetuskan provokasi terhadap staf itu. Terbaru menerusi sebuah laporan portal mStar, isteri kepada seorang komposer terkenal itu menjelaskan perkara sebenar.

BACA: Ramai Speku Mak Cik Tua Sengaja ‘Dibuang’ Di RnR, Akhirnya Si Anak Buka Mulut!

Saya perlu bersuara sebab banyak kali terjadi…servis perkhidmatan mereka lemah

Menceritakan kembali kejadian yang berlaku pada 10 Jun lalu, Datin Nona kurang berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh staf tersebut kerana seolah bersikap kurang ajar terhadap beliau dan ibunya.

“Dik tu ada lagi meja kosong…masuk bawa mak duduk di situ”

Dia boleh kata kalau duduk kita tak layan…sebab tu saya tinggi suara dekat dia

Wanita ini turut mengambil langkah untuk menghiraukan sahaja kecaman netizen kerana mereka tiada di lokasi berkenaan serta punca sebenar kejadian.

Tak kisah orang nak kutuk…saya hanya nak mereka perbaiki perkhidmatan saja

Saya hanya kata seorang je kerja tak ikhlas…bukan semua

Tambahnya lagi, pengurus cawangan restoran berkenaan turut ambil maklum dengan kejadian itu dan telah membuat permohonan maaf kepadanya. Ekoran daripada insiden tempoh hari, Datin Nona dan ibunya telah pergi ke restoran lain di pusat beli-belah Alamanda, Putrajaya untuk mengisi perut mereka.

Saya pun minta maaf kasar sebab sikap staf itu…biarlah video ini jadi pengajaran

Sumber: mStar & Twitter zzabidin

Apa Komen Anda?