Dengan penggunaan aplikasi TikTok yang semakin meluas sejak pandemik 2 tahun lalu, semakin ramai TikTokers mendapat ‘rezeki terpijak’ melalui content menarik dihasilkan mereka. Bahkan, ada yang bijak mempromosikan produk akhirnya berjaya menaikkan perniagaan sendiri ke tahap lebih tinggi. Tidak ketinggalan, gadis muda bernama Jeje Slebew juga menjadi viral sekelip mata dengan keunikan sendiri.
BACA :Â Rasa Keliru Apabila Ibu Ayah Berpisah, Janna Nick Dedah Realiti Pahit Hidupnya
Sekelip mata jadi fenomena kerana fesyen menarik & terima banyak job modelling
Jeje atau nama sebenarnya Jasmine Laticia dikenali kerana penampilan fesyen yang menarik sekali gus menjadi ikutan ramai anak muda. Menjadi fenomena setelah dikatakan mempunyai wajah mirip dengan Fuji Utami, iaitu adik ipar kepada Allahyarham Vanessa Angel, dia mulai aktif menerima banyak peluang kerja di bidang modelling. Dari situ juga, Jeje turut mendapat ajakan bekerjasama dengan YouTuber terkenal dan pekerjaan sebagai content creator menjadi sumber pendapatannya kini.
Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)
Pernah lari rumah sebab perangai tidak senonoh tukang kebun rumah nenek
Di sebalik pencapaian itu, Jeje rupanya menyimpan kisah duka lain selaku anak-anak broken home. Dia berkongsikan kenangan pahit sekitar tahun 2021 di mana tukang kebun di rumah neneknya mengambil kesempatan terhadap dirinya. Lebih mengecewakan lagi, orang di rumah tidak percaya dengan percakapannya malah Jeje dituduh sebagai penyebab utama mengapa si pelaku melakukan perbuatan terkutuk itu. Akibat kesal, dia melarikan diri dari rumah & sekarang berdikari menguruskan hidup sendiri.
Kita semua kat sini tiada apa-apa masalah pun dengan Jeje…Macam mana pun, Mummy tetap ibu kamu
Setelah namanya naik di media sosial, ibunya pula tiba-tiba muncul kembali dan meminta gadis berusia 16 tahun itu pulang ke rumah mereka kononnya mahu menyelesaikan sengketa lama. Apa yang membuatkan dirinya geram, wanita tersebut mengatakan di antara mereka tiada sebarang masalah tercetus.
@boy_arrr di bantu support ya gaes #mamajeje #jejeviral #terjejejeje #jejelinces #viral #pyf #pyfツ #attahalilintar #dedeyusuf
Ibarat kata kiasan, ibu kucing pun boleh tinggalkan anak sendiri, apalagi manusia – Jeje
Seakan-akan nampak seperti anak yang jahat, Jeje bersuara untuk memperjelas hal sebenar. Rupanya sejak dari bayi lagi, gadis ini dijaga oleh nenek dan ibu saudaranya sahaja. Oleh sebab itulah, dia mempertikai semula ke manakah ibu kandungnya menghilang selama 16 tahun ini dan mengapa baru sekarang baru nampak muka?
Ibu cakap “kat rumah tiada apa masalah”. Lucu sangat. Dia sedar ke tak ni? Sejak aku bayi merah lagi, yang uruskan aku cuma nenek & makcik sahaja. Mereka berdua saja yang peduli pasal aku selama 16 tahun ini. Neneklah yang pegang, tanggung & uruskan aku. Ibu aku? Hey ibu aku ke mana je? Kenapa baru sekarang rasa macam diri tu paling betul? Paling banjir air mata dengan cakap kosong “Jasmine, pulang Jasmine”. Aku takkan lari pun kalau bukan sebab tak dapat kasih sayang orang tua. Aku tahu ibu sayang aku, tapi cara dia salah. Cuba kalau dari dulu jadi macam mak orang lain.
Kredit : Portal Suara, TikTok boy arrr & YouTube Tribunnews
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura