Cinta

Diam-Diam Bayar Balik Duit Teman Lelaki Masa Dating, Sikap Wanita Ini Dipuji

Diam-Diam Bayar Balik Duit Teman Lelaki Masa Dating, Sikap Wanita Ini Dipuji

Sharing is caring!

Biasanya apabila keluar dating, orang lelaki lah yang banyak keluarkan duit untuk makan minum dan sebagainya. Tak nampak gentleman atau macho lah kalau minta duit belanja daripada teman wanita pula kan? Perkara ini memang nampak bagus, namun ia tak disenangi oleh sesetengah pihak wanita pula. Mereka sebenarnya memahami betapa payahnya lelaki mengumpul duit untuk tujuan tersebut.


BACA: Asyik Berdua Serupa Belangkas, Bapa & Teman Lelaki Manja Macam Bestfriend

Selit duit diam-diam dalam kereta…bayar balik duit bila habis pergi dating

Baru-baru ini, sebuah rakaman video berdurasi 25 saat dimuat naik oleh seorang gadis bernama Faridah Mashudi menjadi perhatian orang ramai di TikTok. Sewaktu teman lelakinya keluar menuju ke sebuah stesen minyak, dia sempat menyelitkan sejumlah wang not RM50 ke dalam dashboard kereta secara diam-diam. Menurutnya, ia bertujuan untuk membayar kembali duit tersebut adalah kerana tak mahu terhutang budi dengan lelaki tersebut.


@faridahmashudi

Aku tak rasa smua pompuan kaki kikis. Skrg lagi ramai laki kaki kikis. Duduk atas kesenangan bini diaorg. Oppss!! 😝 tak3.

♬ bunyi asal – Markonah 🇲🇾 – Markonah 🇲🇾

Dah kahwin pun rasa bersalah bila pakai duit suami…lebih selesa guna duit sendiri

Meraih lebih 17 ribu tontonan, klip video tersebut rancak dihujani dengan pelbagai reaksi daripada netizen. Selain sikapnya dipuji, rata-rata mereka juga menyatakan pengalaman pernah berbuat sedemikian rupa kerana rasa bersalah menggunakan duit orang lain. Sebaliknya, rata-rata wanita juga mengaku selesa gunakan duit sendiri daripada menyusahkan teman lelaki atau suami masing-masing.


Diam-Diam Bayar Balik Duit Teman Lelaki Masa Dating, Sikap Wanita Ini Dipuji Diam-Diam Bayar Balik Duit Teman Lelaki Masa Dating, Sikap Wanita Ini Dipuji Diam-Diam Bayar Balik Duit Teman Lelaki Masa Dating, Sikap Wanita Ini Dipuji

Sumber: TikTok faridahmashudi

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!