Mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bertindak kasar terhadap isterinya membabitkan kejadian di sebuah R&R minggu lalu, sebentar tadi Hafidz Roshdi keluar mahkamah sambil dikawal baik oleh pihak berkuasa. Pihak wartawan cuba mendapatkan jawapan namun gagal.
BACA :Â Jaga Erat Aib Kekurangan Isteri, Hafidz Dedah Shu Yang Tutup Semua Jalan Damai
Hafidz enggan keluarkan apa-apa kenyataan
Saat melangkah keluar dari pintu Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu tadi, Hafidz hanya tertunduk dengan wajah sugul tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan saat diajukan asakan soalan daripada petugas media. Namun bagi persoalan sama ada sudah berpisah dengan Shuhada Mat Sukri, seseorang telah menjawab “tidak”.
Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)
Hafidz diarahkan lakukan pemeriksaan psikiatri
Dalam pada itu, dipercayai jaket kelabu yang awalnya dipakai oleh Hafidz siang tadi kini digunakan bagi menutupi tangannya yang sudah bergari. Menurut laporan terbaru sebentar tadi, mahkamah memerintahkan supaya Hafidz mendapatkan pemeriksaan psikiatri di pusat rawatan bertempat di Tanjong Rambutan Ulu Kinta, Perak.
@xtra_my Hafisd Roshdi enggan mengeluarkan apa2 kenyataan disamping mengaku tidak bersalah memukul isteri #fyp #xtramy #hafidzroshdi #mengaku #tidak #bersalah #pukul #isteri #beritaditiktok #sembangentertainment
Tengok mata macam tengah serabut, takut-takut, tak tenang
Meskipun mengecam jenayah yang dibuat, bagaimanapun netizen masih menyisipkan rasa simpati terhadap dugaan dihadapi oleh Hafidz Roshdi buat masa sekarang. Tambah pula selepas melihat bagaimana tangan bergari itu ditutup oleh jaketnya.
Bagi netizen, mereka menyifatkan riak mata Hafidz saat itu seolah-olah sedang tidak tenang dan penuh dengan keresahan.
Kredit : Portal Kosmo Online & TikTok Xtra
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura