Cinta Viral

Dapat Cincin Bakal Mentua, Gadis Terharu Terima Restu Keluarga Boyfriend Melayu

Dapat Cincin Bakal Mentua, Gadis Terharu Terima Restu Keluarga Boyfriend Melayu

Sharing is caring!

Bagi seorang gadis, pasti akan berasa nervous untuk berjumpa dengan keluarga teman lelaki buat pertama kalinya. Lebih-lebih lagi jika masing-masing berbeza dari segi agama dan bangsa. Akan tetapi, lain pula layanan yang diterima oleh gadis bukan Islam ini oleh keluarga Melayu teman lelakinya.

BACA: Jangan Trauma Putus Tunang, Hikmahnya Lebih Baik Daripada Berpisah Lepas Nikah

Diberi cincin milik bakal ibu mentua…. tak sangka sudah dianggap sebagai bertunang dengan teman lelaki

Menerusi Twitter, Chelsea Lee meluahkan rasa terharu apabila diberikan sebentuk cincin oleh ibu kepada teman lelakinya bernama Iqwan. Lebih mengejutkan lagi, cincin emas yang disarungkan tersebut pernah dipakai oleh wanita berkenaan sewaktu dia mengikat tali pertunangan dengan suaminya sekitar 28 tahun dahulu. Selain itu, gadis berusia 24 tahun ini juga ibarat mendapat restu kerana dianggap sudah bertunang dengan Iqwan oleh bakal mentuanya melalui pemberian cincin tersebut.


Dapat Cincin Bakal Mentua, Gadis Terharu Terima Restu Keluarga Boyfriend Melayu

Dapat Cincin Bakal Mentua, Gadis Terharu Terima Restu Keluarga Boyfriend Melayu

Dapat Cincin Bakal Mentua, Gadis Terharu Terima Restu Keluarga Boyfriend Melayu

Comel betul, semoga menjadi dan berkekalan hingga jinjang pelamin

Chelsea juga sempat mengucapkan terima kasih kerana telah diterima oleh bakal ibu mentua meskipun dia merupakan seorang gadis bukan Islam dan mempunyai tatu pada tubuhnya. Perkongsian detik manis itu meraih lebih 1 ribu retweets setakat ini. Selain mengucapkan tahniah kepada gadis berkenaan, ada juga netizen sempat mentafsir body language warga emas tersebut dalam gambar itu bahawa dia memang menyayangi Chelsea.

Dapat Cincin Bakal Mentua, Gadis Terharu Terima Restu Keluarga Boyfriend Melayu

Dapat Cincin Bakal Mentua, Gadis Terharu Terima Restu Keluarga Boyfriend Melayu


Dapat Cincin Bakal Mentua, Gadis Terharu Terima Restu Keluarga Boyfriend Melayu

Dapat Cincin Bakal Mentua, Gadis Terharu Terima Restu Keluarga Boyfriend Melayu

Sumber: Twitter @_KayyCee


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!