Lantaran mengkritik teruk Sissy Iman di rancangan ‘Famili Duo’ beberapa hari lalu, sehingga sekarang Mas Idayu tidak berhenti dikecam netizen. Personaliti garang yang ditunjukkan kali ini dianggap mengaibkan maruah Sissy, tambah pula pertandingan tersebut adalah berkonsep rancangan kekeluargaan yang seharusnya menghiburkan.
BACA :Â Isu Tengking Peserta Ketika Live TV, Mas Idayu Tegaskan Cuma Jadi Diri Sendiri
Hanya jadi diri sendiri
Akan tetapi, Mas Idayu pernah tegaskan saat itu dia cuma menjalankan tanggungjawab sebagai juri selain hanya menjadi diri sendiri. Katanya lagi, pihak stesen TV sendiri tidak pernah memberi peringatan atau sebarang syarat agar dia tidak terlalu garang ketika menandatangani kontrak kerja sebelum ini.
Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)
Pertandingan bukan tempat saya dah…Sekarang dah tahap saya menjuri
Dalam pada itu, ada juga netizen yang terus mencabar agar penyanyi berusia 51 tahun ini menyertai ‘Gegar Vaganza’ agar vokalnya dapat dinilai pula. Pun begitu, Mas Idayu yang juga mesra digelar Mummy enggan melayan permintaan tersebut kerana kini dia sudah berada di tahap tersendiri.
Paling penting, peserta ‘Family Duo’ bagus
Puluhan tahun berkecimpung dalam bidang muzik, Mas Idayu akui inilah kali pertama dia mendapat kecaman paling teruk. Namun semua itu diletak tepi dahulu kerana baginya, apa yang paling penting adalah agar peserta di rancangan ‘Famili Duo’ akan menyajikan prestasi terbaik di masa akan datang.
Kredit : IG Mas Idayu & FB mStar
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura