Sekitar hujung bulan lepas, pelawak Shuk Sahar telah terpalit kontroversi apabila didakwa menduakan isterinya dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh. Hal ini didedahkan oleh seorang pengguna Twitter sehingga ia menjadi tular di laman media sosial. Setelah hampir sebulan kejadian itu berlaku, akhirnya selebriti berkenaan membuka mulut.
BACA: [VIDEO] “Bagi Aku Pergi Toilet”-Takut Naik G-Force X, Gelagat Shuk Lucu Habis
Shuk & isteri tak mahu ulas lanjut, dah selesai secara senyap… tak tahu apa motif isu disebarkan
Memetik laporan mStar Online, penyampai radio berusia 34 tahun ini bersama isterinya iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah enggan mengulas lanjut mengenai masalah tersebut. Menurut Shuk, kejadian itu berlaku ketika dalam perjalanan ke Pulau Pinang untuk menyambut Hari Raya Aidiladha menyebabkan dia memilih untuk berdiam diri. Hal ini kerana menurutnya lagi isu tersebut sudah lama diselesaikan secara senyap namun tidak diketahui apakah motif sebenar individu yang menyebarkan maklumat terbabit.
Syukur hubungan dengan isteri masih baik, akui kesilapan dan akan lebih berhati-hati lagi
Meskipun begitu, selebriti ini tetap bersyukur kerana hubungannya dengan isteri masih baik walaupun dilanda kemelut berkenaan. Buat masa sekarang, Shuk juga memaklumkan bahawa dia ingin fokus dan mempertahankan keluarganya. Tambahan pula, penyampai radio tersebut turut mengakui kesilapannya serta berjanji untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang.
Sumber: FB mStar Online
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura