Didakwa Main Tik Tok Sampai Lambat Barang Pos Tiba, Lelaki Dedah Cerita Sebenar

Sejak diperkenalkan sekitar tahun 2016 lalu, penggunaan aplikasi Tik Tok semakin mendapat sambutan meriah oleh para pengguna media sosial dari seluruh dunia. Selain memberikan hiburan kepada rakan pengikut di aplikasi berkenaan, adakalanya video pendek beralun rentak muzik ini turut dijadikan sebagai platform mengetengahkan bakat kreatif seperti nyanyian, silap mata, masakan dan banyak lagi.

BACA: Respect, Bantu Polis Tumpaskan Penjenayah, & ‘Abang Posmen’ Terima Anugerah

Patutlah parcel selalu datang lambat

Advertisement

Baru-baru ini, sebuah video memaparkan seorang lelaki yang berhibur dengan salah satu lagu daripada animasi ‘Didi & Friends’ telah menjadi tular apabila dimuat naik oleh seorang pengguna akaun Twitter pada beberapa hari lalu. Menerusi kapsyen, individu tersebut juga berseloroh bahawa mungkin inilah yang menjadi punca kelewatan barang pos miliknya sambil merujuk kepada gelagat lelaki berkenaan.

Kalau ada pertanyaan pergi ke pejabat pos terdekat…maaf ye

Setakat ini, visual berkenaan telah ditonton hampir 300 ribu kali dan meraih lebih 16 ribu retweets. Terpanggil untuk mengelakkan kekeliruan ramai, akhirnya lelaki yang beraksi dalam rakaman tersebut tampil berikan penjelasan mengenainya. Jelas pengendali akaun Twitter bernama @NagazzShun, tugasnya di pejabat pos adalah sebagai kerani dan dia telah merakam video hiburan tersebut di luar tempoh bekerja dalam kenderaan peribadinya.

Advertisement

Tik Tok macam ni diterima…bukan yang gelek-gelek tu

Susulan itu, pihak yang memuat naik video berkenaan turut menjelaskan bahawa niatnya cuma sekadar suka-suka sahaja. Dalam pada itu, rata-rata netizen pula memuji gelagat comel lelaki tersebut jika hendak dibandingkan dengan rakaman yang selalu dibuat oleh generasi muda masa kini menerusi aplikasi Tik Tok.

Advertisement

Advertisement

Sumber: Twitter spiritboxstan & NagazzShun

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?