Didik Anak Lelaki Cara Urus Rumah Tangga Bukan Nak Ajar Jadi P*ndan

Mentaliti bahawa anak perempuan kena tahu buat kerja rumah dan perlu diajar dari kecil bagai sudah sebati dalam masyarakat di Malaysia sejak dulu sehinggalah kini. Manakala anak lelaki tidak diutamakan dalam membuat kerja-kerja rumah. Kesannya, bila mereka besar dan dah berkahwin, segala tugasan itu dilakukan isteri seorang diri. Kini, sudah tiba masanya kita mengubah mentaliti lapuk seperti itu. 

BACA: Harap Bini Buat Semua Kerja Rumah? Baik Tak Payah Kahwin Kalau Nak Jadi King!

Ajar cara urus rumah tangga bukan nak ajar anak lelaki jadi p0ndan

Seorang bapa telah terpanggil untuk mengupas isu ini di Facebook dan menyeru orang ramai supaya mengubah mentaliti mereka tentang perbezaan didikan yang dikhaskan untuk anak lelaki dan perempuan. 

Perempuan kena tahu urus rumah.. lelaki diajar jadi King

Jom ubah sikit cara didikan anak lelaki 

Tak salah ajar ilmu memasak, kemas rumah kat anak jantan 

1. Kemas rumah

2. Pergi pasar

3. Masak

Dalam keluarga saya.. lelaki ke perempuan tetap kena buat kerja rumah

Sumber: FB Ariff Ismail

Apa Komen Anda?