Diejek Gara-Gara Baru Nak Baca Iqra’? Eyra Hazali Kesal Sikap Masyarakat..

Dalam kesempatan bulan Ramadan yang masih berbaki lebih kurang seminggu sahaja lagi, pastinya ramai MusIimin dan MusIimat yang sedang gigih melaksanakan pelbagai ibadat demi memenuhkan tabung pahala masing-masing. Malah, ada yang turut mengambil peluang keemasan ini untuk mendalami lebih tentang ilmu agama seperti yang dilakukan oleh salah seorang pelakon drama bersiri terkenal Nur 2 ini, iaitu Eyra Hazali.

BACA: Ramai Pertikai Bila Gaji Imam Tarawih Cecah RM3K, Lelaki Ini Bongkar Sebabnya!

Menerusi IG Story miliknya semalam, dia ada memuat naik foto membaca Iqra’ berserta perkataan ‘perlahan-lahan’. Posting  itu ternyata memperlihatkan yang dia sedang belajar untuk mengenali setiap perkataan dalam buku tersebut sebelum mahir membaca kitab Al-Quran pula.

Namun begitu, posting tersebut telah mendapat kecaman daripada beberapa netizen menerusi luahan aktres ini di laman Twitter miliknya tidak lama selepas itu pula.

Baca Iqra’ pun orang ejek…macam mana?

Luahan tersebut mendapat perhatian warga Twitter yang menitipkan semangat kepadanya untuk terus belajar dan tidak mempedulikan langsung kata-kata negatif seperti itu.

Jangan kisah sangat apa orang cakap…have faith sis

Sekurang-kurangnya awak ada usaha untuk belajar & maju ke depan

Abaikan je…yang penting niat nak belajar tu

Kesemua respons itu turut disambut baik oleh Eyra sendiri yang menyatakan dia tidak terjejas langsung dengan semua komen negatif tersebut. Namun dia cuma pelik kerana masih lagi wujud pemikiran manusia yang seperti itu.

Terkejut masih ada masyarakat yang tak leh terima dah besar baru baca Iqra’…

Sumber: IG & Twitter EyraHazali

Apa Komen Anda?