Family

Digantung Tak Bertali Saat Sarat Mengandung, Wanita Rayu Suami Lepas Cara Baik

Digantung Tak Bertali Saat Sarat Mengandung, Wanita Rayu Suami Lepas Cara Baik

Sharing is caring!

Tiada apa dimahukan oleh seorang isteri melainkan dikurnia seorang suami yang memahami dan juga bertanggungjawab. Alam perkahwinan yang dibina diharap dapat berkekalan sehingga ke akhir hayat. Namun adakalanya impian itu ibarat seperti ‘panas yang disangkakan hingga ke petang, tapi hujan di tengah hari’. Seperti seorang wanita ini yang sehingga kini digantung tidak bertali oleh suaminya sejak sarat mengandung anak bongsunya. 

BACA: Satu Family Dijangkiti Influenza, Mawar Rashid Lega Anak Makin Pulih

Ditinggal suami ketika sarat mengandung

Menerusi artikel Harian Metro, wanita berusia 37 tahun bernama Noriah Abdullah itu terpaksa menumpang untuk tinggal dalam bilik kecil di ebuah surau. Dia bersama 5 orang anaknya yang berusia 18 hingga 1 tahun 6 bulan tersebut sudah tidak mempunyai pilihan lain selain menghuni tempat berkenaan selepas ditinggalkan suaminya tanpa khabar berita sejak 2 tahun lalu. 


Digantung Tak Bertali Saat Sarat Mengandung, Wanita Rayu Suami Lepas Cara Baik
Kredit foto: Harian Metro

Sering berpindah randah kerana tidak mampu

Sejak awal Disember lalu, enam beranak ini sering berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat lain kerana tidak mampu untuk menyewa akibat kemiskinan tegar yang dialami. Malah dia juga bergantung secara penuh kepada bantuan RM400 yang dihulurkan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) setiap bulan. Wanita berkenaan reda dengan nasib hidupnya namun turut bimbang mengenai anak-anak yang semakin meningkat dewasa. 

Digantung Tak Bertali Saat Sarat Mengandung, Wanita Rayu Suami Lepas Cara Baik

Digantung Tak Bertali Saat Sarat Mengandung, Wanita Rayu Suami Lepas Cara Baik
Gambar Sekadar Hiasan

Minta suami tampil untuk dilepaskan cara baik

Walau bagaimanapun, dia sangat berharap suaminya yang sudah menghilang untuk memunculkan diri dan melepaskannya dengan cara baik. Ia bagi memudahkan urusan masa depan anak-anaknya kelak. Selain itu juga, ibu tunggal ini turut mengharapkan ada pihak yang sudi memberi sumbangan untuk anak-anaknya mengambil kursus kemahiran bagi mencari sesuap nasi. 


Digantung Tak Bertali Saat Sarat Mengandung, Wanita Rayu Suami Lepas Cara Baik

Digantung Tak Bertali Saat Sarat Mengandung, Wanita Rayu Suami Lepas Cara Baik
Gambar Sekadar Hiasan

Sumber: Facebook Harian Metro 

 


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!