Antarabangsa Isu Semasa Viral

‘Digilai’ Ramai Wanita Malaysia, Penjaga Gol KL City Akui Ia Perkara Luar Biasa

‘Digilai’ Ramai Wanita Malaysia, Penjaga Gol KL City Akui Ia Perkara Luar Biasa

Penjaga gol KL City berketinggian 188 cm mula menjadi sebutan netizen khususnya para wanita sejak kejuaraan Piala Malaysia melabuhkan tirainya pada 30 November lalu. Bukan sahaja disebabkan wajahnya yang tampan, malahan kecekapan serta ketangkasan pemain bernombor 1 ketika mempertahankan gawang gol turut menjadi faktor dia diminati ramai.


BACA: Pemain Bola Filipina Jadi Viral, Konon Berlagak Lepas Menang Lawan Malaysia

Ia benar-benar luar biasa, saya tak tahu nak respon…Sukar nak percaya pada mulanya

Menyedari namanya sudah semakin popular, Kelvin Ray Mendoza akui tidak tahu bagaimana dia perlu memberi respon terhadap perkara tersebut kerana situasi yang dihadapi kini disifatkan agak luar biasa baginya. Ibarat mendapat rezeki terpijak, pemuda tampan dari Eropah ini juga mula menerima tawaran menjadi model.


‘Digilai’ Ramai Wanita Malaysia, Penjaga Gol KL City Akui Ia Perkara Luar Biasa

Kegemaran saya ialah roti canai…Tetapi ia agak tidak menyihatkan jadi saya makan tak terlalu banyak

Sudah berada di negara ini sejak pertengahan bulan Februari, Kelvin amat sukakan Malaysia terumatanya Kuala Lumpur kerana berpendapat ia hampir sama dengan Eropah. Diajukan soalan mengenai makanan kegemaran di Malaysia, pemuda tampan ini rupa-rupanya amat gemarkan roti canai lebih-lebih lagi jika ia dihidang bersama kuah dal.


‘Digilai’ Ramai Wanita Malaysia, Penjaga Gol KL City Akui Ia Perkara Luar Biasa

Saya bermain bola sepak sejak kecil…Saya & isteri berkahwin pada Februari sebelum datang ke Malaysia

Pemuda berumur 27 tahun yang digilai ramai ini berasal dari Denmark dan mempunyai kacukan Filipina. Mula ‘berjinak’ dengan bola sepak sejak awal 5-6 tahun, lelaki ini turut gemar bermain sukan lain seperti golf, ping pong dan tenis. Menamatkan zaman bujang sebelum datang ke Malaysia, Kelvin telah pun berkahwin pada bulan Februari lalu.

‘Digilai’ Ramai Wanita Malaysia, Penjaga Gol KL City Akui Ia Perkara Luar Biasa

Kredit: YouTube mStar Online Malaysia & Instagram Kevin Ray Mendoza Hansen

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

‘Digilai’ Ramai Wanita Malaysia, Penjaga Gol KL City Akui Ia Perkara Luar Biasa

Facebook

Telegram