Cinta Inspirasi Kesihatan

Dijaga Rapi Selama Pantang, Kak KM Terharu Suami & 2 Orang Mak Sentiasa Di Sisi

Dijaga Rapi Selama Pantang, Kak KM Terharu Suami & 2 Orang Mak Sentiasa Di Sisi

Bagi sesetengah wanita yang masih memegang kata-kata orang lama, fasa berpantang pasti akan dijalani sebaik mungkin. Nama Kak KM sudah tidak asing lagi bagi netizen kerana selalu mengingatkan betapa pentingnya menjaga dalaman wanita. Berjaya melahirkan seorang lagi cahaya mata 3 minggu lalu, wanita tersebut dilihat masih lagi memilih untuk ikut cara dulu-dulu.


BACA: Tak Sangka Kak KM Ada Kembar- Lawak, Inilah Jadinya Bila Zizan Bertukar Rupa

Dapat suami yang rajin pun salah satu rezeki…Suami yang ikatkan bengkung, I berjaya turunkan berat badan

Dalam sebuah perkongsian oleh lydiarosli, Kak KM dilihat menahan sebak ketika diurut oleh suaminya. Dia berasa amat bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup yang tidak lelah menjaganya selepas beranak. Bukan itu sahaja, kini berat badannya juga semakin menurun kerana si suami kerap kali membantu ikat bengkung.


@lydiarosli

Dalam pantang memang sedih #kakkm #cintakakkm #fypシ゚viral

♬ Cinta Ini Tak Pernah Mati – Rusli Ridwan

@kmfavourite_testimoni

Dapat suami yang baik rajin pun salah satu rezeki . Alhamdulillah ! #kakkm #kmcintacarrissa

♬ original sound – kmfavourite_testimoni – kmfavourite_testimoni

Sedap sangat mak tungku…Cinta sukalah ada dua-dua nenek dia hari ni

Dalam video yang dimuat naik oleh liyanarosli_official dalam akaun TikTok, usahawan tersebut sekali lagi merasa bertuah kerana mempunyai ibu dan mak mentua yang sangat prihatin terhadap kesihatannya. Sejak awal bersalin lagi, kedua-dua wanita berkenaan kerap kali datang ke rumah untuk menjaganya. Mengenangkan jasa tersebut, ibu kepada Cinta Carissa itu sempat berjanji akan belanja mereka selepas habis berpantang nanti.


@lianarosli_official

#kakkm #jamukakkm #sweetdarakakkm #sweetdara #kmbeauty #kakkmviral #fypage #fypシ゚viral🖤tiktok #fyp #fypシ

♬ original sound – lianarosli_official – lianarosli_official

Kak KM nampak slim, hasil kasih sayang suami…Bestnya dalam pantang mak jaga

Sejak dikongsikan semalam, video-video tersebut telah meraih ratusan ribu jumlah tontonan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji bentuk badan Kak KM yang semakin cantik walaupun selepas melahirkan anak.

Dijaga Rapi Selama Pantang, Kak KM Terharu Suami & 2 Orang Mak Sentiasa Di Sisi

Dijaga Rapi Selama Pantang, Kak KM Terharu Suami & 2 Orang Mak Sentiasa Di Sisi

Dijaga Rapi Selama Pantang, Kak KM Terharu Suami & 2 Orang Mak Sentiasa Di Sisi

Kredit: Instagram km_cintacarissa, TikTok lydiarosli, TikTok kmfavourite_testimoni, & TikTok liyanarosli_official

Dijaga Rapi Selama Pantang, Kak KM Terharu Suami & 2 Orang Mak Sentiasa Di Sisi

Facebook

Telegram