“Dik, Boleh Tak Pakcik Nak Beli Kuah Je? Ada RM3 Ni, Anak Teringin Nak Makan..”

Kasih ibu bawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa. Itulah yang dapat disimpulkan tentang tindakan seorang bapa ini yang sanggup menebalkan muka di sebuah kedai serbaneka popular dalam kalangan anak muda hari ini semata-mata untuk memenuhi keinginan anak perempuannya. Dengan berbekalkan RM3 di tangan, pakcik ini telah mencuba nasib sekiranya dapat membeli kuah oden di kedai tersebut. Ikuti kisah penuh yang dikongsikan seorang gadis ini di Twitter.

BACA: Makan Ala Kadar, Pakcik Ini Sanggup Habiskan Separuh Gajinya Untuk 80 Kucing

Gambar sekadar hiasan
Gambar sekadar hiasan

‘Dik, boleh tak kalau nak kuah je?’

Anak perempuannya teringin untuk memakan makanan tersebut. Dek kerana terlalu mahal, pakcik ini telah membeli sendiri bahan-bahan di kedai runcit dan bercadang untuk membeli kuahnya sahaja di kedai berkenaan. Namun malangnya pekerja di kedai itu agak keberatan untuk memenuhi permintaannya. Kejadian ini telah disaksikan oleh ramai pengunjung di kedai tersebut yang sedang beratur di belakangnya. 

Ada sorang akak tu terus pot0ng queue.. 

Disebabkan geram melihat respon anaknya yang biadap, seorang wanita yang ketika itu berada di belakang terus mem0tong barisan dan membelikan pakcik itu hidangan yang dimahukan olehnya. Tersentuh melihat kebaikan wanita itu, pakcik ini terus terdiam lalu mengalirkan air mata. Barangkali kerana malu dengan sikap biadap anaknya dan terharu dengan tindakan wanita ini.

Gambar sekadar hiasan

Punya sayang bapak dia kat anak tu..

Setiap bapa pastilah akan melakukan yang terbaik untuk menggembirakan anak-anaknya. Namun anak-anak pula lebih bersikap biadap dan tidak tahu menghargai peng0rbanan seorang ayah. Selepas keluar daripada kedai itu,  gadis ini tidak tahu apa yang terjadi kepada pakcik itu dan anaknya selepas dibantu oleh wanita berhati mulia itu. Tapi apa yang pasti, ramai yang menyaksikan kejadian itu turut rasa terharu dan sedih. 

Sumber: Twitter nollynurlida

Apa Komen Anda?