Viral

Dikecam Hebat, Gadis Jelaskan Sebab Kurang Gemar Lelaki Melayu & Dating Mamak

Dikecam Hebat, Gadis Jelaskan Sebab Kurang Gemar Lelaki Melayu & Dating Mamak

Sharing is caring!

Setiap orang di muka bumi ini adalah sangat berbeza dan memiliki pendirian masing-masing, termasuklah kembar sekalipun. Perkara tersebutlah yang menyebabkan seseorang itu unik daripada individu lain. Namun begitu, seorang gadis telah menjadi tumpuan dan dikecam ramai apabila menyatakan pendapat tidak suka dengan lelaki tempatan baru-baru ini. Hal ini kerana mereka dikatakan tidak pandai melayan wanita jika dibandingkan dengan orang dari luar negara.

BACA: “Macam I Ada Degree..” – Wanita Ini Dikecam Sebab Demand Sangat Hantaran?

Bukan memilih…tapi I kerja keras & mengada sikit

Ujarnya dalam rakaman berdurasi 1 minit itu lagi, mereka juga tidak mampu untuk melayan dirinya yang ada taste tersendiri. Klip video terbabit kemudiannya menjadi tular di segenap media sosial dan meraih lebih 800 ribu jumlah tontonan setakat ini apabila dimuat naik semula oleh pemilik akaun Twitter bernama @yourstrulydonnv,

Apa perasaan bila dah pakai cantik-cantik untuk date tapi pergi mamak?

Menerusi laporan mStar pula, usahawan kosmetik yang dikenali sebagai Sara Anna ini menjelaskan bahawa para lelaki seharusnya bijak dalam memilih lokasi temu janji dengan teman istimewa masing-masing. Malah perkara itu telah banyak kali terjadi kepadanya setiap kali diajak oleh kebanyakan lelaki tempatan.

Dikecam Hebat, Gadis Jelaskan Sebab Kurang Gemar Lelaki Melayu & Dating Mamak


Dikecam Hebat, Gadis Jelaskan Sebab Kurang Gemar Lelaki Melayu & Dating Mamak

Dikecam Hebat, Gadis Jelaskan Sebab Kurang Gemar Lelaki Melayu & Dating Mamak

Saya dah muak dengan lelaki Melayu…Mat Salih lebih gentleman

Tidak cukup dengan itu, mereka juga dikatakan gemar mengambil kesempatan atas kariernya. Atas alasan tersebut, Instafamous berusia 25 tahun itu kini lebih selesa untuk meluangkan masa bersama dengan kenalan yang berasal dari negara lain. Di samping tidak mengetahui status dan latar belakangnya yang sebenar, mereka turut disifatkan lebih pandai ‘melayan’ para wanita.

Dikecam Hebat, Gadis Jelaskan Sebab Kurang Gemar Lelaki Melayu & Dating Mamak

Dikecam Hebat, Gadis Jelaskan Sebab Kurang Gemar Lelaki Melayu & Dating Mamak

Dikecam Hebat, Gadis Jelaskan Sebab Kurang Gemar Lelaki Melayu & Dating Mamak


Saya bukan mata duitan…tapi berjaya kerana usaha sendiri

Meskipun rata-rata netizen yang menyaksikan rakaman tersebut menyifatkan dirinya sebagai materialistik atau mata duitan, namun Sara lebih selesa mengabaikan perkara tersebut memandangkan mereka tidak mengetahui perjalanan hidupnya. Tegasnya, kejayaan yang telah diraih pada masa ini adalah atas berkat usaha gigihnya sejak dahulu demi mengubah nasib keluarga.

Dikecam Hebat, Gadis Jelaskan Sebab Kurang Gemar Lelaki Melayu & Dating Mamak

Dikecam Hebat, Gadis Jelaskan Sebab Kurang Gemar Lelaki Melayu & Dating Mamak

Dikecam Hebat, Gadis Jelaskan Sebab Kurang Gemar Lelaki Melayu & Dating Mamak

Sumber: Twitter yourstrulydonnv, IG darlingsara_ & mStar


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!