Viral

Dikuarantin Sebab COVID-19, Penduduk Itali Jadikan Nyanyian Sebagai Hiburan

Dikuarantin Sebab COVID-19, Penduduk Itali Jadikan Nyanyian Sebagai Hiburan

Sharing is caring!

Seperti yang diketahui umum, jumlah kematian tertinggi selepas China akibat wabak COVID-19 adalah Itali dengan angka 1,441 orang setakat ini. Walaupun masih dikaji lagi punca penularannya, namun pihak kerajaannya telah mengenakan sekatan pergerakan masuk dan keluar (lockdown) sejak beberapa hari yang lepas. Atas sebab itu juga, negara Eropah yang sangat terkenal dengan kawasan pelancongan itu menjadi lengang daripada sebarang aktiviti.

BACA: Resah Anak Selalu Bertanya? Ikut Tips Ini Untuk Terangkan COVID-19 Dengan Mudah


Dikuarantin Sebab COVID-19, Penduduk Itali Jadikan Nyanyian Sebagai Hiburan
Gambar sekadar hiasan
Dikuarantin Sebab COVID-19, Penduduk Itali Jadikan Nyanyian Sebagai Hiburan
Gambar sekadar hiasan

Menyanyi untuk hiburkan diri

Perintah berkurung bukanlah sesuatu yang menyenangkan kerana tidak boleh melakukan apa sahaja pekerjaan. Tetapi kawasan perumahan di Itali ini telah memilih untuk bernyanyi dan bermain alat muzik sebagai hiburan bersama. Video yang tular di media sosial itu menunjukkan kegembiraan mereka mengalunkan nyanyian walaupun duduk di kediaman masing-masing. Difahamkan, ini adalah antara cara penduduk Itali menghiburkan diri saat menempuh suasana getir tersebut.

Dikuarantin Sebab COVID-19, Penduduk Itali Jadikan Nyanyian Sebagai Hiburan Dikuarantin Sebab COVID-19, Penduduk Itali Jadikan Nyanyian Sebagai Hiburan


Bernyanyi bersama eratkan hubungan jiran tetangga

Menurut portal mStar, hampir semua tempat telah diarahkan tutup seperti muzium, sekolah, restoran dan tempat-tempat pekerjaan penduduk tersebut. Jalan yang kosong dan sunyi tidak mematahkan semangat mereka untuk mengembalikan kemeriahan di sekitar kawasan perumahan. Sebagahian daripada mereka keluar ke beranda rumah untuk bermain alat muzik, menari dan bernyanyi bersama-sama sebagai hiburan. Siapa sangka, video berdurasi 58 saat itu telah mendapat lebih 15k retweet setakat ini.

Sumber : Facebook KKM, mStar Online, Twitter Carla Valencia


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Dikuarantin Sebab COVID-19, Penduduk Itali Jadikan Nyanyian Sebagai Hiburan

Sharing is caring!