“Dinosaur Bukan Haiwan Tapi Jin” – Guna Hadis Buat Kajian, Professor Disindir

Baru-baru ini, seorang individu di laman Twitter telah menyindir kenyataan yang dibuat seorang professor terhadap kenyatannya tentang zaman lampau menerusi sebuah majalah. Antara kajiannya adalah dinosaur tidak dikategorikan sebagai haiwan, sebaliknya adalah jin. Selain itu, kajiannya juga menafikan pendapat bahawa manusia pernah melalui zaman batu, zaman Paleolitik, Mesolitik dan Neolitik seperti apa yang dipelajari di sekolah ketika dahulu. 

BACA: Bukan Calang-Calang Karya, Lagu Altimet Terpilih Jadi Subjek Kajian Thesis!

Gambar sekadar hiasan

Aladdin panggil dinosaur rupanya, bukan jin

 

Berikut adalah keratan tulisan yang ditulis menerusi majalah Al-IsIam tentang kajian Professor Madya Dr. Mohd Zaidi tentang 3 jenis jin di bumi ini berpandukan riwayat hadis. 

Dinosour bukan haiwan, tapi jin 

Gambar sekadar hiasan

Semua zaman itu tidak wujud dalam sejarah manusia

Menurut professor itu berdasarkan hadis, secara kesimpulannya jin terbahagi kepada 3 golongan iaitu anjing dan ular, golongan terbang di udara, dan juga golongan bermukim serta berpindah. 

Gambar sekadar hiasan

Sindiran lelaki itu telah mendatangkan rasa kurang senang ramai netizen. Enggan membiarkan ilmuan itu terus dihentam gara-gara kajiannya, seorang lelaki ini yang juga merupakan ahli geologi telah tampil menjelaskan rasionalnya kajian professor itu dari segi alam ghaib dan berlandaskan hadis. 

Untuk elakkan prof ni diperlekehkan lagi

Dia hurai dari segi alam ghaib , berlandaskan hadis

Ahli geologi ini menjelaskan bahawa kajian professor itu tidak bercanggah langsung dengan fakta sains, justeru apa yang diperkatakannya adalah masuk akal. 

Jangan sebab dia kaji Al-Quran & hadis kau perlekehkan ilmu dia

Jin.. term yg digunakan untuk makhluk sebelum manusia

Gambar sekadar hiasan

Sumber: Twitter Are_nipt

Apa Komen Anda?