Viral Isu Semasa Keibubapaan

Dipandang Macam ‘Tuan Bawa Anjing’, Ibu Geram Ramai Sinis Dengan Tali Anti Lost

Dipandang Macam ‘Tuan Bawa Anjing’, Ibu Geram Ramai Sinis Dengan Tali Anti Lost

Saban tahun, jumlah anak kecil yang menjadi sasaran kidnap semakin meningkat. Ada yang berjaya ditemui semula, itu pun memakan masa agak lama. Ada juga yang terus lesap tanpa khabar selama bertahun-tahun. Risiko buruk sentiasa ada khususnya di tempat awam yang sesak. Justeru itu, mungkin sudah tiba masanya ibu bapa zaman millenial mempertimbangkan penggunaan tali keselamatan kanak-kanak sebagai satu keperluan wajib.

BACA : Kasihan Anak Kena Gari? Ramai Acik Bawang Masih Tak Terima Anti Lost Wrist Band

Jangan tengok macam kita ni buat dosa besar…Yang rasa macam tuan bawa anjing, check hati korang

Kewujudan anti lost wristband sebenarnya bukan lagi benda baru. Malang sekali, sebilangan besar masyarakat kita masih memandang sinis kepada ibu bapa yang memilih kaedah ini. Seorang wanita bernama Puan Niraaa Raisya turut tidak terkecuali berdepan stigma buruk orang awam apabila memasangkan tali itu kepada anaknya.

@neeerafeefa

Sekarang ni otak tu bagi terbuka sikit dengan benda baru. Jangan macam orang duduk bawah tempurung okay ? Plus xperlu usha org atas bawah 😤 aku laa mengstress btl dgn manusia gini #harnessbaby #antiloss #babywalking #firstmom

♬ DJ BIWIR BEUREUM-BEUREUM JAWER HAYAM PANO COKLAT KOPI SUSU – RUNTAH – DJ MANIKCI REMIX

Mula-mula anak memang tak suka & rimas…Lama-lama dah terbiasa

Penggunaan alatan itu sebenarnya tidak lain tidak bukan adalah demi mengutamakan keselamatan anak-anak agar terhindar dari sebarang kejadian tak diingini. Awalnya mereka akan menolak pemakaian ‘gelang’ yang dirasakan seperti gari, namun lama kelamaan ia akan menjadi kebiasaan jua.

@neeerafeefa

Replying to @Amira Abdullah boleh tekan dekat bag tu ya mommy 😘

♬ Twinkle,Twinkle,Little Star – Official Sound Studio

Budak sekarang tak suka nak pegang tangan…Peduli orang cakap, kalau apa-apa jadi orang taknak dengar alasan kenapa

Melalui ruangan komen, rupanya ramai ibu bapa yang menghadapi isu sama di mana mereka kerap dipandang-pandang dengan reaksi pelik sekiranya membawa anak sambil dipakaikan anti lost wristband. Namun semua itu boleh diletak tepi kerana yang paling utama sudah semestinya keselamatan zuriat tersayang.

Dipandang Macam ‘Tuan Bawa Anjing’, Ibu Geram Ramai Sinis Dengan Tali Anti Lost

Dipandang Macam ‘Tuan Bawa Anjing’, Ibu Geram Ramai Sinis Dengan Tali Anti Lost

Dipandang Macam ‘Tuan Bawa Anjing’, Ibu Geram Ramai Sinis Dengan Tali Anti Lost

Dipandang Macam ‘Tuan Bawa Anjing’, Ibu Geram Ramai Sinis Dengan Tali Anti Lost

Kredit : TikTok Niraaa Raisya

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Dipandang Macam ‘Tuan Bawa Anjing’, Ibu Geram Ramai Sinis Dengan Tali Anti Lost

Facebook

Telegram