Dipanggil Untuk Bantu Siasatan, Ariff Aziz Punca RM200,000 Datuk A. Aida Lesap?

Beberapa minggu lalu, berita keruntuhan rumah tangga pengarah terkenal iaitu Datuk A. Aida telah mengejutkan ramai. Entah apa punca utamanya, Datuk A. Aida juga tidak menuding jari kepada sesiapa. Kini, namanya sekali lagi menjadi hangat apabila beliau mendakwa bahawa wang ringgit bernilai RM200,000 miliknya telah lesap. Ia bukanlah satu nilai yang kecil dan sudah pastinya, Datuk A. Aida amat kesal dengan perkara berkenaan.

Baca : [VIDEO] Dah Buat Report Sejak Jumaat Lepas, RM200,000 Milik A. Aida Kena Kebas!

Lebih mengejutkan, beliau mendakwa kehilangan ini melibatkan orang yang dikenali lalu mendorongnya membuat laporan kepada pihak berkuasa pada 21 Jun lalu agar si pelaku dapat dicekup.

Menurut Datuk A. Aida lagi, beliau menyedari kehilangan wang tersebut apabila pulang dari Mesir sekitar bulan Mac yang lalu. Dalam laporan yang dibuat, A Aida telah menamakan dua individu yang disyaki membuat dua kali transaksi ke satu akaun yang tak dikenali memandangkan dua individu itu sahaja yang mempunyai maklumat peribadi A. Aida untuk membuat pindahan pelaburan berkenaan. 

Baru-baru ini, laporan daripada portal mStar mula mendedahkan bahawa bekas suami mudanya iaitu Ariff Aziz telah ditahan oleh pihak berkuasa pada 25 Jun lalu bagi membantu siasatan.

Menurut Ketua P0lis Ampang, pihaknya telah merampas telefon bimbit milik Ariff Aziz untuk mendapatkan maklumat tambahan berkaitan 2 transaksi pemindahan wang bernilai RM200,00 itu. Berita tentang penahanan Ariff sudah pastinya mengejutkan dan mengundang banyak spekulasi. Namun begitu, siasatan masih dijalankan untuk membuktikan siapakah pelaku sebenar di sebalik isu ini.

Sumber : Portal mStar

Apa Komen Anda?