Viral

Kerap MC Akibat Asma Kronik, Wanita Sarat Hamil Dipecat Kongsi Pengalaman Pahit

Kerap MC Akibat Asma Kronik, Wanita Sarat Hamil Dipecat Kongsi Pengalaman Pahit

Sharing is caring!

Hampir kebanyakan wanita mengandung pasti akan mengalami ‘morning sickness‘ terutamanya di awal fasa kehamilan. Meskipun begitu, ramai menganggap ia hanya perkara biasa dan bukanlah sesuatu yang patut dirisaukan. Namun keadaan itu akan menjadi lebih kronik apabila ibu terbabit turut mempunyai masalah kesihatan lain. Lebih teruk ada pula yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji kerana tidak bermaya untuk melakukan sebarang pekerjaan.

BACA : Budak 13 Tahun Nangis Tak Reti Meneran, Doktor Sebak Kenangkan Ibu Ayah Buta..


Doktor tolong, saya baru dipecat sebab kerap ambil MC..

Menerusi  Facebook Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa, beliau tampil mendedahkan kejadian menimpa seorang wanita hamil yang datang berjumpanya bagi mendapatkan rawatan berikutan masalah asma dialami. Menurut doktor itu, awalnya beliau merasa hairan apabila wanita berkenaan terus-terusan merayu  agar beliau dapat menyembuhkan masalah tersebut. Ujar ibu berkenaan, masalah kesihatan yang dialaminya itu membuatkan dia kerap mengambil MC dan akhirnya dipecat oleh majikan.

Kerap MC Akibat Asma Kronik, Wanita Sarat Hamil Dipecat Kongsi Pengalaman Pahit

Kerap MC Akibat Asma Kronik, Wanita Sarat Hamil Dipecat Kongsi Pengalaman Pahit
Gambar Sekadar Hiasan

Asma ni memang akan lebih teruk ketika mengandung ke doktor?

Dalam pada itu, pakar ini mendedahkan bahawa asma merupakan salah satu masalah kronik yang boleh mengakibatkan oksigen kepada ibu dan bayi terjejas seterusnya membawa kepada komplikasi lain semasa mengandung. Namun begitu, ia dapat dikawal sekiranya ibu berkenaan menggunakan inhaler seperti yang disarankan oleh doktor. Rawatan susulan secara berkala untuk menilai perawatan asma juga perlu sepanjang tempoh kehamilan supaya tidak berlaku sebarang komplikasi serius lain.


Kerap MC Akibat Asma Kronik, Wanita Sarat Hamil Dipecat Kongsi Pengalaman Pahit

Kerap MC Akibat Asma Kronik, Wanita Sarat Hamil Dipecat Kongsi Pengalaman Pahit

Kerap MC Akibat Asma Kronik, Wanita Sarat Hamil Dipecat Kongsi Pengalaman Pahit
Gambar Sekadar Hiasan

Sumber : Facebook Dr Nurul Yaqeen


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini